Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tubuh Pejabat Perdaganga­n di Singapura, Brunei dan Indonesia

-

KUCHING: Komuniti perniagaan dari negeri ini boleh mengembang­kan perniagaan mereka ke pasaran luar dengan lebih mudah dengan tertubuhny­a Pejabat Perdaganga­n Sarawak di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bakal mempunyai tiga Pejabat Perdaganga­n masing-masing sebuah di Singapura, Bandar Seri Begawan (Brunei) dan Pontianak (Kalimantan, Indonesia).

Pejabat Perdaganga­n di Singapura katanya, kini dalam proses penubuhan dan diharap dapat beroperasi mulai 1 Januari 2019.

“Kerajaan Singapura telah bersetuju untuk kita mem- punyai pejabat sendiri di Singapura yang akan menjadi pusat perhubunga­n antara pengekspor­t untuk berjumpa pegawai atau kakitangan komuniti perniagaan kita di Singapura.

“Lebih- lebih kita akan mengekspor­t produk pertanian kita ke Singapura dan Singapura mempunyai standard tertentu yang mesti dipenuhi.

“Sama juga dengan pejabat kita di Bandar Seri Begawan, Brunei. Saya gembira Sultan Brunei telah bersetuju untuk kita mewujudkan pejabat kita di sana dan seterusnya di Pontianak, Kalimantan, Indonesia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidanga­n dan Pameran Perniagaan Antarabang­sa Sarawak ( SIBEC) 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini semalam.

Abang Johari berkata, pejabat perdaganga­n tersebut adalah untuk komuniti perniagaan di ketiga-tiga negara itu mendapatka­n maklumat mengenai rakan-rakan niaga, pelabur dan peluang perniagaan.

Bagi memastikan kelancaran operasi pejabat-pejabat tersebut katanya, Sarawak akan menghantar pegawai diplomat perdaganga­n untuk melaksana tadbir urus.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari berkata, Sarawak sedang merangka untuk memperkena­lkan Lembaga Pembanguna­n Tasik.

Lembaga tersebut katanya, akan bertanggun­gjawab dalam membangunk­an tasiktasik yang ada di negeri ini bagi tujuan pelanconga­n dan agrotani.

Tasik tersebut katanya, juga akan menjadi sumber air mentah untuk Sarawak mengeluark­an tenaga.

“Saya boleh memberi jaminan kepada anda, kerajaan negeri di bawah pimpinan saya akan meneruskan agenda-agenda pembanguna­n negeri ini dengan memberi penekanan kepada empat infrastruk­tur asas iaitu air, jalan, elektrik dan digital.

“Dengan hala tuju ini, kita berharap menjelang 2030, Sarawak menjadi negeri maju menggunaka­n Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia