Utusan Borneo (Sarawak)

MIED bersama agensi k’jaan lawat Shell MIDS Malaysia di Bintulu

-

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan (MIED) bersama dengan agensi kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri Sarawak telah membuat lawatan rasmi ke Shell MDS Malaysia iaitu loji penukaran gas kepada cecair di Bintulu pada 2 Oktober lalu.

Seramai 21 anggota rombongan yang diketuai Menteri Muda Industri dan Pelaburan, Malcolm Mussen Lamoh menghabisk­an masa selama setengah hari dalam lawatan itu di mana mereka diperkenal­kan kepada teknologi unik yang digunakan Shell MDS Malaysia dalam menghasilk­an produk GTLnya.

Anggota rombongan itu termasuk Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak, Datu Liaw Soon Eng, Pengarah Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) Sarawak, Ridzuan Abd Rahman, pegawai kanan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Pejabat Imigresen Bintulu.

Pada sesi taklimat kesela- matan mandatori dan gambaran keseluruha­n mengenai Shell Malaysia, rombongan itu berkesempa­tan mempunyai pertukaran interaktif dengan Pengurus Besar Shell MDS Malaysia, Chris Schultz dan pasukan pengurusan mengenai operasi loji, produk serta teknologi dan kemudahan yang digunakan.

Rombongan itu kemudianny­a dibawa melawat kawasan proses dan loji lilin di mana kira-kira 500,000 tan produk GTL dihasilkan setiap tahun.

Di loji lilin, mereka berpeluang menyaksika­n pembungkus­an produk lilin tumbuhan melalui automasi mesin sebelum ia dieksport ke lebih dari 50 negara di seluruh dunia.

Automasi mesin ini selari dengan apa yang sedang dilakukan oleh negeri Sarawak ke arah Industri 4.0.

Shell MDS Malaysia meraikan ulang tahunnya yang ke-25 baru-baru ini dan amat menghargai sokongan berterusan negeri Sarawak yang telah menyumbang ke arah pertumbuha­n pencapaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia