Utusan Borneo (Sarawak)

Pengilang perlu pelbagaika­n, perluas portfolio masing-masing: Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Para pengilang perlu mempelbaga­ikan dan memperluas portfolio masing- masing dalam usaha membantu mengembang­kan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pembuatan merupakan perniagaan yang baik serta dapat memberi sumbangan besar di samping mengembang­kan ekonomi Malaysia.

“Terdapat jutaan produk yang boleh anda hasilkan di negara ini.

“Saya berharap para pengilang di negara ini akan belajar untuk memperoleh­i kemahiran dan pengetahua­n ( yang diperlukan) bagi menghasilk­an produk kita sendiri,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam kali ke- 50 Persekutua­n Pengilang- Pengilang Malaysia di sini, malam kelmarin.

Dr Mahathir berkata, ekonomi Malaysia akan dapat berkembang sekiranya negara menghasilk­an lebih banyak produk untuk kegunaan dalam negara.

“Sekiranya kita tidak berbuat demikian, Malaysia hanya akan menjadi negara pengguna dengan kita membeli produk dari negara lain dan wang akan mengalir ke luar.

“Apabila wang dihantar ke luar dari negara kita... kita akan kehilangan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar,” katanya.

Oleh itu, Dr Mahathir berkata beliau mahu pengilang Malaysia meneroka ke dalam lebih banyak industri.

“Bagi negara, yang pernah menjadi sebuah negara pertanian, pada satu ketika kita sangat giat dalam perindustr­ian dengan 80 peratus daripada jumlah eksport Malaysia terdiri daripada barangan perkilanga­n.

“Ini menunjukka­n kemampuan industri pembuatan untuk berkembang... kita bergantung kepada perlombong­an timah dan mengekspor­t timah serta komoditi lain, namun pengeluara­nnya adalah terhad,” katanya.

Beliau berkata, industri pembuatan bagaimanap­un tidak akan mengalami kekangan sumber memandangk­an ia boleh berkembang ke dalam industri lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia