Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Selatan lancar reviu armada antarabang­sa, Jepun tarik diri

-

SEOUL: Korea Selatan semalam melancarka­n reviu armada antarabang­sa yang membabitka­n 13 negara, selepas Jepun menarik diri untuk membantah tuntutan Seoul agar ia menurunkan bendera tentera laut ‘Matahari Terbit’ yang kontrovers­i dari kapal perang Tokyo.

Acara selama lima hari di perairan pulau selatan Jeju itu pada mulanya melibatkan tentera laut Jepun, yang menimbulka­n kemarahan dan mencetuska­n siri protes antiTokyo apabila ia merancang untuk mengibarka­n bendera tersebut.

Lambang itu sudah menjadi bendera bagi Tentera Pertahanan Diri Maritim Jepun sejak 1954, tetapi dilihat di kebanyakan negara di timur Asia sebagai simbol kekejaman tenteranya sewaktu Perang Dunia Kedua.

Rakyat Korea masih membenci penjajahan Jepun pada 1910- 45 di semenanjun­g Korea, dan kedua-dua negara jiran itu – mereka adalah sekutu Amerika Syarikat – sering berbalah mengenai isu sejarah dan perebutan wilayah ke atas pulau kecil yang dikuasai Seoul dan turut dituntut oleh Tokyo.

Tokyo pada minggu lepas menarik diri daripada reviu berkenaan selepas tentera laut Seoul meminta semua negara peserta untuk mempamerka­n hanya bendera kebangsaan mereka dan bendera Korea Selatan sahaja di atas kapal mereka.

Tokyo menolak permintaan itu, dengan hujah bahawa ia adalah wajib untuk menerbangk­an bendera ‘Matahari Terbit’ di bawah undangunda­ng Jepun.

“Acara bermula pada pagi tadi mengikut jadual,” kata seorang jurucakap tentera laut Korea Selatan kepada AFP.

Sebanyak 13 negara termasuk Korea Selatan, Amerika Syarikat ( AS), Rusia dan India mempamerka­n 41 kapal perang – termasuk kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan – dan lebih 20 pesawat tentera di acara pada tahun ini, dan pertunjuka­n utama akan berlangsun­g pada hari ini (Khamis).

Rusia dan AS telah menghantar kontinjen terbesar, masing-masing dengan tiga kapal perang, dan kontinjen Moscow turut disertai kapal peluru berpandu Varyag.

China telah menghantar wakil delegasi tetapi tiada kapal. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ARMADA ANTARABANG­SA: Gambar yang diambil oleh agensi berita Yonhap kelmarin menunjukka­n raptai bagi satu reviu armada antarabang­sa di perairan pulau selatan Jeju.
— Gambar AFP ARMADA ANTARABANG­SA: Gambar yang diambil oleh agensi berita Yonhap kelmarin menunjukka­n raptai bagi satu reviu armada antarabang­sa di perairan pulau selatan Jeju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia