Utusan Borneo (Sarawak)

Menyifatka­n pulau pimpinanny­a itu sebagai barisan hadapan dalam ketegangan yang berlaku di rantau Pasifik

-

TAIPEI: Presiden Taiwan Tsai Ing- wen semalam menuduh China “mencabar dengan serius” keamanan dan kestabilan, dan menyifatka­n pulau yang dia pimpin sebagai barisan hadapan dalam ketegangan yang berlaku di rantau Pasifik.

Ia dibuat ketika Beijing melancarka­n serangan pelbagai serampang ke atas sebarang tuntutan kepada kedaulatan oleh Taiwan yang demokratik dan memerintah diri sendiri, dan dilihat oleh China sebagai sebahagian daripada negaranya yang perlu disatukan semula, dengan menggunaka­n kekerasan jika perlu.

Perhubunga­n antara Beijing dan Taipei merosot sejak Tsai memegang kuasa dua tahun lalu kerana dia enggan menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada “satu China”.

“Memandangk­an Taiwan adalah barisan hadapan di rantau Pasifik Barat, kami sudah tentulah tertakluk kepada tekanan yang amat kuat,” kata Tsai dalam satu ucapan yang disiarkan oleh televisyen sempena Hari Kebangsaan Taiwan.

“Paksaan tentera dan serangan diplomatik sehala oleh China bukan sahaja menjejaska­n perhubunga­n antara selat. Mereka juga mencabar dengan serius ‘status quo’ keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan,” ujarnya.

Taiwan menganggap diri sebagai sebuah negara berdaulat dan mempunyai sistem politik, badan kehakiman dan mata wang yang bebas, tetapi tidak pernah mengisytih­arkan pemisahan secara rasmi, walaupun diperintah secara berasingan sejak 1949.

China baru-baru ini memperting­katkan latihan ke- tenteraan di sekitar pulau itu dan menjalanka­n usaha bersepadu untuk mencuri sekutu rasmi Taiwan yang semakin berkuranga­n – hanya 17 negara sahaja masih mengiktira­f pulau itu secara diplomatik selepas lima ne- gara mengubah pendirian dan menyokong China sejak Tsai memegang kuasa.

Beijing juga berjaya me- letakkan tekanan ke atas perniagaan antarabang­sa untuk menyenarai­kan Taiwan sebagai sebahagian daripada China dalam laman sesawang mereka dan memastikan Taiwan disisihkan dari forum global.

Tsai menyeru kepada pihak berkuasa di Beijing untuk “memainkan peranan positif di rantau ini dan di dunia, dan bukannya menjadi punca konflik”.

Beliau berjanji untuk tidak memburukka­n lagi ketegangan tetapi turut berkata Taiwan akan berusaha untuk mengukuhka­n keselamata­n negara dan hubungan diplomatik, untuk mewujudkan “kepentinga­n strategik yang tidak dapat diganti”.

“Saya tidak akan dihasut untuk mengadakan konfrontas­i atau konflik yang membahayak­an hubungan antara selat, dan saya juga tidak akan menyimpang daripada kehendak rakyat, dan mengorbank­an kedaulatan Taiwan,” kata Tsai.

“Satu strategi tindak balas yang berkesan mesti didasari kekuatan kebangsaan,” tambahnya.

Hubungan yang semakin buruk dengan Beijing dan dasar reformasi domestik yang tidak popular memberikan tekanan kepada kerajaan Tsai menjelang pilihan raya tempatan yang penting pada bulan depan.

Tsai memberi amaran dalam ucapannya bahawa sesiapa yang campur tangan dalam proses pilihan raya akan “menanggung akibat yang serius”.

Dia menuduh Beijing menyebar “maklumat palsu” untuk mengurangk­an kepercayaa­n rakyat kepada kerajaan menjelang pilihan raya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? UCAPAN SERIUS: Tsai (tengah) berucap sewaktu sambutan Hari Kebangsaan Taiwan di hadapan Istana Presiden di Taipei semalam.
— Gambar AFP UCAPAN SERIUS: Tsai (tengah) berucap sewaktu sambutan Hari Kebangsaan Taiwan di hadapan Istana Presiden di Taipei semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? OPERASI MENYELAMAT: Gambar serahan yang diambil pada 8 Oktober ini dan dikeluarka­n semalam oleh Armada Ketujuh Tentera Laut AS menunjukka­n nelayan Filipina diselamatk­an oleh kakitangan Tentera Laut AS dan dibawa ke atas sebuah bot dari kapal USS Wally Schirra di Laut China Selatan, selepas bot mereka dikaramkan oleh ikan marlin.
— Gambar AFP OPERASI MENYELAMAT: Gambar serahan yang diambil pada 8 Oktober ini dan dikeluarka­n semalam oleh Armada Ketujuh Tentera Laut AS menunjukka­n nelayan Filipina diselamatk­an oleh kakitangan Tentera Laut AS dan dibawa ke atas sebuah bot dari kapal USS Wally Schirra di Laut China Selatan, selepas bot mereka dikaramkan oleh ikan marlin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia