Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga dalam talian tidak terkecuali bayar zakat: LZS

-

SHAH ALAM: Peniaga dalam talian tidak terkecuali daripada kewajipan mengeluark­an zakat berikutan terdapat transaksi melibatkan wang dalam perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS) Abdul Basith Hamid berkata, zakat yang perlu dijelaskan adalah pada kadar 2.5 peratus untuk pendapatan yang telah cukup haul, iaitu telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki.

“Perniagaan ‘ online’ ini masih tertakluk kepada pengeluara­n zakat kerana ada transaksi melibatkan wang dan tetap ada untung rugi. Apabila lengkap transaksi dan cukup haulnya setahun, peniaga kena buat kiraan.

“Jika pendapatan positif, mereka kena juga keluarkan zakat 2.5 peratus mengikut kaedah pengiraan had kifayah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Muzakarah Zakat Kebangsaan 2018 di sini, semalam.

Turut hadir pada program anjuran bersama LZS dan Akademi Pengajian Islam Kontempora­ri, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu adalah Timbalan Pengeru- si LZS Profesor Datuk Dr Aizuddin Ahmad dan Timbalan Naib Canselor UiTM Profesor Dr Zaini Abdullah.

Bertemakan ‘Zakat di Era Digital Ekonomi’ muzakarah itu menghimpun­kan perwakilan dari pelbagai sektor, khususnya yang berkaitan dengan pengurusan zakat di Malaysia, sarjana Islam, penuntut institusi pengajian tinggi dan ahli akademik terutama pakar dalam bidang zakat termasuk orang perseorang­an.

Sebanyak 60 kertas kerja dibentangk­an pada program dua hari itu.yang mengupas topik berkaitan pengurusan zakat terutama pembanguna­n asnaf serta pembudayaa­n filantropi Islam, di samping membincang­kan isu-isu kontempora­ri zakat supaya pelaksanaa­nnya memenuhi tuntutan syarak serta memberi motivasi dan impak positif kepada institusi zakat di Malaysia.

Mengenai sambutan pembayaran zakat oleh peniaga dalam talian, Abdul Basith berkata buat masa ini LZS tidak mengesan mereka secara individu, kecuali jika mereka mengisytih­arkan pendapatan masing-masing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia