Utusan Borneo (Sarawak)

Salad tanah tinggi hidup segar di Kampung Sungai Lumut, Buntal

-

KUCHING: Kemajuan teknologi memungkink­an hampir semua perkara di dunia ini, justeru tidak menghairan­kan tanaman salad yang lazimnya ditemui di kawasan tanah tinggi yang sejuk tumbuh subur di kawasan yang panas, tidak jauh dari bandar raya ini.

Menggunaka­n teknologi ‘ Nutrient film technique’ ( NFT) iaitu satu kaedah hidroponik, tiga sahabat kini mula meraih hasil daripada sebidang tanah seluas 30 x 35 meter persegi yang dibangunka­n rumah hijau dan ditanam dengan pelbagai jenis salad dan sayuran tanah tinggi.

Terletak di Kampung Sungai Lumut, Buntal dekat sini, ladang The Farmia diusahakan oleh Saiful Bahri Ahmad Adibi, 42 bersama dua rakannya Zairald Zainal Bong, 38 dan Muhammad Syukran Wahab, 23 selepas tiga tahun menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n tentang NFT yang telah sekian lama dilaksanak­an di Cameron Highlands, Pahang.

“Kami ubah suai sedikit sistem NFT ini untuk disesuaika­n dengan kawasan tanah rendah beriklim panas menerusi pembinaan rumah hijau yang dibangunka­n pada Mac lalu dengan kos kira-kira RM150,000,” kata Saiful Bahri kepada BERNAMA, baru-baru ini.

Menurutnya The Farmia kini mempunyai 10,000 pot yang diletak di atas 26 meja dan ditanam dengan empat jenis salad iaitu selada hijau, selada merah, selasih dan ‘romaine’ iaitu sejenis salad yang seakan-akan kubis panjang serta lima jenis sayur sawi antaranya sawi manis, sawi jepun dan sawi putih.

“Setiap jenis salad dan sawi ini boleh dituai dalam tempoh 30 hari dan setiap kali tuaian menghasilk­an kira-kira 60 kilogram bagi setiap meja tersebut. Buat masa ini, kami memasarkan salad serta sawi terbabit di empat pasar raya di sekitar Kuching,” katanya.

Selain itu, The Farmia turut mengadakan ‘hari terbuka’ bagi memberi peluang kepada orang ramai datang dan memilih serta memetik sendiri salad dan sawi di ladang tersebut.

“Setiap pot salad seberat 120-150 gram atau sawi seberat 150 gram dijual pada harga RM1 sahaja , pastinya lebih murah berbanding harga yang kami jual ke pasar raya.

“Kebanyakan salad di pasaran Sarawak datang dari Cameron Highlands, harga pun premium dan agak mahal, jadi menerusi pembukaan ladang ini kami memberi alternatif untuk tanam sendiri di negeri ini dan jual kepada pelanggan dengan harga yang murah,” katanya.

Menurutnya selain murah, sayuran hidroponik di ladang mereka juga 100 peratus bebas racun perosak sekali gus menawarkan hasil tani yang segar, bersih dan menyihatka­n di samping terjamin halal.

Ditanya sambutan yang diterima terhadap hari terbuka The Farmia, Saiful Bahri berkata setakat ini program itu telah diadakan tiga kali dan setiap kali mereka menjual lebih 70 kilogram salad dan sawi terbabit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PETIK SENDIRI: Seorang pelanggan menunjukka­n sawi kerinting segar yang dipetik di The Farmia Kampung Sungai Lumut Buntal hari ini yang ditanam menggunaka­n kaedah Nutrient Film Technique (NFT) Hidroponik.
— Gambar Bernama PETIK SENDIRI: Seorang pelanggan menunjukka­n sawi kerinting segar yang dipetik di The Farmia Kampung Sungai Lumut Buntal hari ini yang ditanam menggunaka­n kaedah Nutrient Film Technique (NFT) Hidroponik.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEGAR: Zairald memeriksa sawi manis di The Farmia Kampung Sungai Lumut Buntal hari ini yang ditanam menggunaka­n kaedah Nutrient Film Technique (NFT) Hidroponik.
— Gambar Bernama SEGAR: Zairald memeriksa sawi manis di The Farmia Kampung Sungai Lumut Buntal hari ini yang ditanam menggunaka­n kaedah Nutrient Film Technique (NFT) Hidroponik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia