Utusan Borneo (Sarawak)

PMLSB terus lahir modal insan tempatan bersijil antarabang­sa

-

SIBU: Akademi Pelita Maslaut Sdn Bhd (PMLSB) akan terus berusaha mendidik seberapa ramai belia tempatan untuk mendapatka­n sijil bertaraf antarabang­sa dalam industri perkapalan.

Pengarah Urusan Kumpulan PMLSB Masni Amit berkata, ia adalah sebagai usaha untuk menyahut keperluan guna tenaga mahir tempatan dalam industri terbabit.

Menurutnya, sehingga kini banyak jawatan dalam industri perkapalan negara diisi rakyat asing, berbanding anak muda tempatan.

“Justeru, kami berazam untuk melahirkan lebih ramai pelaut yang berkemahir­an dalam kalangan anak tempa- tan,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas program bersama 34 pelatih PMLSB di sini, semalam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 13 pelatih mengikuti kursus Master Domestic, tujuh Pegawai Dek (WKE) dan 14 WKO telah berjaya menamatkan latihan.

Masni menggesa anak muda Sarawak supaya merebut peluang memajukan diri dalam kerjaya sebagai pelaut dan kelasi kapal kerana ia dapat memberi jaminan masa depan yang cerah.

Menurutnya, ketahanan mental dan fizikal amat diperlukan untuk menjadi seorang pelaut.

“Untuk menceburi bidang maritim, seseorang itu harus mempunyai cita-cita dan minat yang tinggi dalam bidang tersebut, jika tidak ia akan menjadi kerjaya separuh jalan,” ujarnya.

Katanya, ramai pelaut yang dilahirkan PMLSB kini telah bekerja di atas kapal kargo, kapal minyak dan medan gas luar negara.

“Malah, ada yang berjaya menjadi kapten, pegawai dan jurutera dalam industri berkaitan sama ada bekerja di dalam mahupun luar negara,” ujarnya.

Sejak ditubuhkan pada 2001, PMLSB telah berjaya melahirkan lebih 7,500 pelaut yang berkelayak­an dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia