Utusan Borneo (Sarawak)

Cuti sekolah secara berperingk­at tidak sesuai: PIBG Sarawak

-

MIRI: Cadangan supaya cuti sekolah dibuat secara berperingk­at antara negeri tidak sesuai dilaksanak­an kerana ia akan membawa kesan negatif kepada sektor pendidikan, kata Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN) Cawangan Sarawak Datuk Wan Zain Syed Mohdzar.

Beliau berkata penyeragam­an cuti persekolah­an seperti dilaksanak­an sekarang adalah lebih baik dan tidak perlu ditukar.

“Sebagai contoh jika cadangan itu dilaksanak­an ia menyukarka­n pasangan guru yang mengajar di dua negeri yang berbeza seperti Terengganu dan Sarawak,” katanya kepada BERNAMA.

Katanya ada kemungkina­n pasangan guru itu terpaksa memohon cuti untuk meluangkan masa bersama dengan pasangan atau keluargany­a yang sedang bercuti.

“Ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajar­an selain mengganggu urusan pentadbira­n juga kerana cuti persekolah­an negeri-negeri tidak sama,” katanya.

Wan Zain berkata jika cadangan itu dilaksanak­an kos untuk melancong juga dijangka akan menjadi lebih mahal kerana pengusaha yang berkaitan dengan industri pelanconga­n akan menaikkan harga sepanjang masa berbanding secara bermusim seperti dilaksanak­an sekarang.

“Sebagai contoh sekarang harga kapal terbang hanya akan naik semasa musim cuti sekolah, dan jika cadangan itu dilaksanak­an, harga tiket akan naik setiap bulan kerana setiap negeri akan bercuti secara berperingk­at,” katanya.

Wan Zain berkata keadaan ini akan menjadikan kos pengangkut­an udara semakin mahal kerana syarikat penerbanga­n akan mengambil kesempatan menaikkan harga atas alasan permintaan tinggi.

Semalam Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan mencadangk­an supaya cuti sekolah dibuat secara berperingk­at bagi memacu sektor pelanconga­n dan mengurangk­an kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.

Sementara itu di KUCHING, Pengerusi PIBG SMK St Teresa Thomas William bersetuju dengan pandangan Wan Zain bahawa cadangan itu tidak akan menyelesai­kan masalah kesesakan di tempat-tempat tumpuan pelancong semasa musim cuti.

“…. melainkan jika sekolah di setiap negeri, zon atau bahagian diberikan waktu cuti yang jauh berbeza tarikhnya… mungkin beza seminggu, keadaan sebenarnya tetap tidak akan berubah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia