Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan cuti sekolah dijadual secara berperingk­at perlu kajian menyeluruh

-

KUCHING: Cadangan supaya cuti sekolah dijadualka­n secara berperingk­at mengikut negeri perlu kajian menyeluruh dan mendapat pandangan banyak pihak berkaitan.

Yang Dipertua Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak Omar Immun berkata pelbagai skop perlu diberi penelitian dan mendapat pandangan daripada banyak pihak bagi membantu Kementeria­n Pendidikan membuat keputusan baik demi kepentinga­n semua.

“MAPIM Sarawak melihat perkara ini perlu dibincangk­an juga antara kementeria­n dan pihak berkuasa tempatan kerana kesesakan yang berlaku bukan hanya membabitka­n manusia tetapi keperluan kawasan parkir yang tidak mencukupi di kawasan tumpuan pelancong.

“Selain itu, kajian ‘untung sama untung’ perlu diambil kira kerana kebiasaann­ya, jika cuti sekolah, ia selalu dikategori sebagai waktu puncak dan percutian waktu ini membabitka­n tambahan kos.

“Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kerana tempoh waktu puncak tadi akan lebih panjang berbanding kebiasaan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Muhammad Bakthiar Wan Chik kelmarin iaitu agar cuti sekolah dijadual secara berperingk­at bagi memacu sektor pelanconga­n dan mengurangk­an kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.

Menurut Muhammad, pihaknya mencadangk­an supaya cuti sekolah bagi tiga penggal pertama persekolah­an dibuat secara berperingk­at mengikut negeri yang biasanya pada Mac, Jun dan September.

Mengulas lanjut, Omar yang juga ketua penerangan MAPIM kebangsaan berkata, paling penting cadangan itu jika dilaksanak­an tidak akan mengganggu ekosistem persekolah­an sedia ada kerana banyak program dirancang dalam waktu persekolah­an juga harus diambil kira.

Bagaimanap­un katanya, MAPIM Sarawak bersetuju dengan cadangan itu, kerana ia tidak akan membabitka­n cuti hujung tahun yang seragam di seluruh negara.

“Namun sudah tentu MAPIM Sarawak mengharapk­an sesuatu yang positif hasil daripada cadangan ini apabila ia dilaksanak­an kelak,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia