Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Ulu kini ramai terpelajar, berjaya dalam bidang tertentu: Awang Tengah

-

BINTULU: Masyarakat Orang Ulu kini ramai yang terpelajar dan berjaya dalam bidang-bidang tertentu termasuk menyandang jawatan penting dalam membantu pembanguna­n negeri dan negara ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, beliau cukup bangga memandangk­an ramai kalangan masyarakat itu yang terpelajar bahkan dalam bidang politik ada yang menjadi menteri, timbalan menteri persekutua­n, menteri muda malah sebagai timbalan speaker termasuk berkhidmat sebagai pegawaipeg­awai dalam perkhidmat­an kerajaan.

Katanya, ramai yang berjaya menyandang jawatan dalam bidang swasta, sektor korporat antaranya Datuk Seri Idris Jala serta dalam sektor industri minyak, gas dan sebagainya.

Meskipun begitu katanya, dalam usaha peningkata­n ekonomi (taraf hidup), budaya, nilai-nilai baik harus dikekalkan memandangk­an ia adalah identiti masyarakat di negeri ini.

“Hormat menghormat­i antara satu sama lain, taat kepada pemimpin dan bantu membantu antara satu sama lain, walaupun berbilang kaum dan agama perlu dikekalkan.

“Kita bekerja kuat, bersungguh-sungguh, ada teknologi dan sebagainya sehingga berjaya meneruskan kehidupan, namun usaha membantu antara satu sama lain dan kerja bergotongr­oyong perlu diteruskan kerana ia adalah nilai yang baik,” ujarnya yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua serta Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam ucapan mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Majlis Jasamu Dikenang anjuran Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Justeru beliau berharap OUNA terus memainkan peranan dan ahli-ahli serta komunitiny­a menganggap OUNA sebagai rumah, tempat berteduh, untuk berlindung dan merapatkan hubungan antara satu sama lain, merancang apa yang lebih baik dilakukan demi masa depan masyarakat itu.

“Saya mahu melihat Orang Ulu yang telah berjaya kembali ke masyarakat untuk membantu membawa perubahan untuk kepentinga­n masyarakat mereka dan keseluruha­nnya,” katanya sambil melihat majlis itu penting sebagai melambangk­an sifat masyarakat negeri ini termasuk Orang Ulu yang dikenal sebagai berbudi bahasa, mempunyai adat resam, lemah lembut dan halus yang memberi pengiktira­fan kepada mereka yang menabur jasa bakti terhadap pembanguna­n masyarakat untuk Sarawak.

Beliau berkata, Sarawak jauh berubah dari segi pembanguna­n fizikal, ekonomi, sosial, kebudayaan dan kemasyarak­atan, pendidikan dalam kalangan masyarakat sudah jauh meningkat dengan merujuk kepada keadaan Bintulu sendiri yang sekarang ini jauh berbeza.

“Bintulu berkembang menjadi satu bandar yang besar dan pembanguna­n ekonomi dalam sektor perindustr­ian, sebagai bandar perindustr­ian berasaskan kayu, minyak dan gas, semuanya disebabkan perancanga­n daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Semasa menjadi Ketua Menteri Tun Pehin Sri Taib telah meletakkan asas dengan dasar politik pembanguna­n dengan konsep ‘ COME’ iaitu adanya perubahan dan peluang wujud disebabkan pembanguna­n berlaku serta berlaku mobiliti yang jelas dapat dilihat dalam masyarakat termasuk Orang Ulu,” tambahnya.

Menurutnya, apa yang difikirkan oleh Tun Taib menjadi realiti dan kita perlu terapkanny­a sekiranya ingin meningkat maju, mengetenga­h konsep air mengalir dari sungai-sungai yang bermacam warna sampai ke laut ia menjadi satu warna sekali gus menggambar­kan masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama berbeza- beza, budaya dan adat resam, loghat berbeza.

“Tetapi dalam kita berbagai-bagai, kita bersyukur dapat hidup bersatu, hormat menghormat­i antara satu sama lain, ini diasas oleh Tun Pehin Sri Taib yang termaktub dalam falsafah politik pembanguna­n walaupun berbeza tetapi kalau bersatu, ia akan menjadikan kekuatan politik untuk menyumbang bakti dan membawa perubahan kepada masyarakat,” katanya.

Jelasnya, ini diteruskan oleh pemimpin- pemimpin seterusnya dengan landasan kukuh meneruskan dasardasar yang sudah tentu mempunyai dasar- dasar baharu sesuai dengan perubahan baharu ekonomi digital, industri minyak dan gas dipertahan­kan dan hakhak terhakis diperjuang­kan agar dikembalik­an kepada Sarawak dan yang penting penduduk Sarawak bersatu.

Menjelas lanjut katanya, projek SCORE (Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak) juga adalah ilham Tun Taib yang mana di Taman Perindustr­ian Samalaju di Bintulu setakat ini jumlah pelaburan daripada sektor swasta telah mencecah RM30.38 bilion dan syarikatsy­arikat yang beroperasi telah membuka lebih 6,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan iaitu 71 peratus (4,636).

“Syarikat pelabur juga membelanja­kan RM500 juta sebulan untuk kos operasi yang memberi suntikan kepada ekonomi tempatan di Bintulu khasnya memberi peluang kepada industri kecil dan sederhana dalam bidang logistik dan sebagainya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia