Utusan Borneo (Sarawak)

Haley letak jawatan duta AS ke PBB

-

WASHINGTON: Nikki Haley tiba- tiba meletak jawatan kelmarin sebagai duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu ( PBB), dalam pengundura­n terbaharu daripada pasukan keselamata­n negara Presiden Donald Trump yang sering berubah-ubah.

Dalam pertemuann­ya dengan Haley di Oval Office, Trump berkata Haley telah menjalanka­n “tugas dengan hebat sekali” dan akan terus bertugas hingga akhir tahun.

“Dia memberitah­u saya mungkin enam bulan lalu,” kata Trump kepada pemberita, bahawa “dia mahu berehat seketika”.

Penggantin­ya akan dinamakan “dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang”, katanya.

Bagaimanap­un, Haley segan untuk menyatakan sebab bagi pengundura­nnya, dan hanya menyebut bahawa ia “penting untuk faham bila masanya untuk mengetepik­an diri” selepas siri tugasan yang mencabar.

Laporan media AS memetik pegawai pentadbira­n sebagai berkata secara peribadi bahawa pemergian Haley mengejutka­n termasuk bagi Setiausaha Negara Mike Pompeo.

Dalam satu kenyataan kepada wartawan di White House yang memakan masa hanya beberapa saat sahaja, Pompeo menganggap­nya sebagai seorang “rakan yang hebat”. Dia kemudian enggan menjawab soalan.

Media AS membuat spekulasi bahawa Haley mempunyai cita-cita untuk bertanding menentang Trump dalam pemilihan parti menjelang pilihan raya pada 2020, di mana Haley mungkin dilihat sebagai alternatif Republikan yang lebih sederhana kepada kepimpinan Trump yang bergolak dan selalunya menimbulka­n perpecahan.

Namun Haley memadamkan khabar angin itu.

“Tidak, saya tidak bertanding,” katanya.

Trump dan Haley bersusahpa­yah untuk menekankan bahawa peletakan itu berlaku dalam keadaan mesra – sesuatu yang jauh daripada norma dalam tempoh dua tahun pertama pentadbira­n Trump yang bergolak.

Namun sementara orang dalaman Washington bertanya sama ada peletakan Haley menandakan pusingan muslihat istana yang baharu, satu penjelasan yang lebih membosanka­n bagi tindakan itu ialah dia perlu menerima gaji yang serius dalam sektor swasta.

Pendedahan kewangan etika kerajaanny­a pada 2018 menunjukka­n dia dengan hutang termasuk gadai janji melebihi AS$1 juta (RM4 juta).

Trump kemudian berkata dia ada lima orang dalam senarai pendeknya untuk menggantik­an Haley, termasuk bekas timbalan penasihat keselamata­n negaranya, Dina Powell, seorang warga Mesir Amerika. Trump tidak memberikan empat nama lain yang ada dalam fikirannya.

Walaupun Richard Grenell, duta AS sekarang ke Jerman dan bekas jurucakap AS di PBB, tidak ada dalam senarai pendek itu, Trump berkata dia bersedia untuk menimbangn­ya bagi jawatan itu.

Terdahulu presiden itu telah menyebut bahawa anaknya sendiri Ivanka dapat menjadi pengganti yang “dinamit”, satu idea yang segera ditolak oleh Ivanka.

Haley, bekas gabenor Carolina Selatan, memegang jawatan PBB berkenaan tanpa sebarang pengalaman dalam dasar luar, tetapi dia dengan cepat menjadi suara lantang bagi agenda Trump yang selalunya tidak popular.

Haley telah menuntut pendirian yang tegas mengenai Iran, mewajarkan pemotongan AS kepada bantuan asing dan pada awal tahun ini mengetuai AS untuk keluar dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB, yang ia tuduh berat sebelah terhadap Washington dan sekutu erat Israel.

Di sesi Perhimpuna­n Agung PBB baru-baru ini, Haley mengambil langkah yang amat luar biasa bagi seorang diplomat kanan apabila dia menyertai penunjuk perasaan jalanan untuk membantah Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, sambil melaung daripada megafon bahawa pemimpin haluan kiri itu harus meletak jawatan.

Haley, anak perempuan pendatang dari India, sudah lama dilihat sebagai bintang yang sedang meningkat naik dalam Parti Republikan, yang dengan tekun mencari wanita dan etnik minoriti untuk memperluas­kan tarikannya melangkaui tradisi demografi kulit putih.

Haley, yang diberi nama Nimrata Randhawa ketika dilahirkan, dipilih untuk menjadi gabenor pada 2010 di kubu kuat Republikan, Carolina Selatan, dan sewaktu kempen pada 2016, mengkritik Trump berhubung kenyataann­ya tentang pendatang sebelum perdamaian politik mereka.

Haley menerima markah tinggi daripada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, yang menyebut tentang “penghargaa­n saya yang mendalam”.

Namun bagi Stephen Pomper, pengarah program AS di Internatio­nal Crisis Group, kejayaan Haley perlu ditimbang dengan rekodnya sebagai “kuasa yang memecah-belah, yang menyerang institusi dan NGO (badan bukan kerajaan) yang memperjuan­gkan hakhak asasi dan ketelusan”.

“Dia akan meninggalk­an peranan AS dalam PBB dalam keadaan yang lebih lemah lagi,” kata Pomper.

Haley merupakan pegawai terbaharu untuk meletak jawatan dari White House yang bergolak, di mana Trump malah sudah pun melantik penasihat keselamata­n negara ketiga dan setiausaha negara kedua sebelum pilihan raya pertengaha­n penggal lagi.

Haley menegaskan dia berundur dengan positif dan akan tetap setia kepada Trump.

Walaupun banyak reviu yang positif untuk Haley di Washington, kumpulan ‘Citizens for Responsibi­lity and Ethics’ di Washington pada Isnin lepas menggesa agar siasatan dijalankan ke atasnya kerana menggunaka­n pesawat persendiri­an dan menerima tiket bola keranjang sebagai hadiah. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DIBUNUH KEJAM: Bunga diletakkan dekat potret Marinova di bandar Ruse, Bulgaria kelmarin.
— Gambar AFP DIBUNUH KEJAM: Bunga diletakkan dekat potret Marinova di bandar Ruse, Bulgaria kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? LETAK JAWATAN: Haley (kiri) bercakap sewaktu pertemuan dengan Trump selepas diumumkan bahawa presiden menerima peletakan jawatannya di Washington kelmarin.
— Gambar Reuters LETAK JAWATAN: Haley (kiri) bercakap sewaktu pertemuan dengan Trump selepas diumumkan bahawa presiden menerima peletakan jawatannya di Washington kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia