Utusan Borneo (Sarawak)

SEAC syor dasar ‘Buy Perak First Policy’ kepada kerajaan Perak

-

IPOH: Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak ( SEAC) akan mengesyork­an kepada kerajaan negeri mengenai dasar baharu iaitu ‘ Buy Perak First Policy’ yang memberi keutamaan kepada peniaga, pengilang serta kontraktor dari Perak untuk memperoleh kerjakerja kontrak.

Ahli SEAC, Nga Kor Ming, berkata dasar itu sebulat suara dipersetuj­ui anggota SEAC pada mesyuarat yang dipengerus­ikan oleh Pengerusi SEAC, Datuk Seri Anuar Zaini, Selasa lalu.

Nga berkata, sebagai syarat untuk mendapatka­n kontrak berkenaan, peniaga, pengilang serta kontraktor tidak boleh meletakkan harga melebihi lima peratus berbanding harga diletakkan kontraktor luar.

Sekiranya kerajaan negeri melaksanak­an dasar itu, ia dijangka memberi manfaat sekurang-kurangnya RM500 juta kepada ekonomi negeri, katanya.

“Kita menggalakk­an persaingan dan mengamalka­n tender terbuka tetapi sebagai kerajaan negeri, kita perlu memberi keutamaan kepada syarikat di Perak kerana mereka akan membayar cukai kepada negeri, jadi kita perlu menjaga kebajikan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Komuniti Ahli Dewan Undangan Negeri Canning dan Ahli Parlimen Ipoh Timur yang baharu, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Nga berkata, kerajaan persekutua­n sudah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menyiapkan pembinaan jaringan paip gas asli cecair (LNG) yang membabitka­n anggaran kos keseluruha­n RM180 juta.

Beliau berkata, kerja-kerja pemasangan LNG dari kawasan perindustr­ian Batu Gajah sehingga Lembah Kinta yang dijangka siap tahun depan dapat meningkatk­an kedatangan pelabur asing ke Perak.

“LNG akan menjimatka­n kos bahan bakar sekurangku­rangnya 50 peratus dan ini akan meningkatk­an daya saing sektor industri di negeri perak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia