Utusan Borneo (Sarawak)

Cindai antara tarikan di Galeri Tenun Johor

-

minat masyarakat terhadap seni tenun.

“Kain Cindai yang berukuran 264cm x 89cm itu dipercayai pernah digunakan sebagai selendang dan juga perubatan.

Malah, kain ini dipercayai mempunyai azimat dan boleh digunakan untuk mempertaha­nkan diri,” kata beliau kepada Bernama ketika ditemui di galeri itu, baru-baru ini.

Selain kain Cindai, terdapat kain Khmer dipercayai dari Thailand yang bermotifka­n gajah, kain Telepuk juga dari Riau dan dipercayai berusia lebih 50 tahun serta kain Berayat, yang masih dalam kajian mengenai tulisannya yang dipercayai dari tulisan Jawi atau dari bahasa Sanskrit, juga dipercayai digunakan dalam perubatan.

Menurut Roslinda, pengunjung boleh mempelajar­i sejarah kain tenun itu sendiri serta melihat sendiri artifak-artifak yang ada di galeri berkenaan memandangk­an seni warisan itu semakin dilupakan.

“Objektif kita mengadakan galeri itu adalah untuk mengembali­kan minat masyarakat terutamany­a generasi muda terhadap seni warisan tenun yang kita lihat makin hilang ditelan zaman. Dengan adanya, galeri ini kita harap akan lebih ramai lagi berminat untuk mempelajar­i seni tenun ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Korporat YWJ Shafie Ahmad berkata pengunjung juga boleh melihat sendiri sepuluh reka corak serta motif songket dan tenun yang telah dicipta dan dipatenkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Menurut beliau, Galeri Tenun itu diwujudkan atas titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sendiri bagi memberi pengetahua­n dan pendedahan kepada masyarakat mengenai pembuatan kain tenun Johor.

“Pengunjung bukan sahaja dapat melihat keindahan 10 reka corak serta motif kain tenun Johor yang terdiri daripada empat kain songket – dua khusus untuk Sultan Johor, satu untuk Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan satu untuk Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Sementara enam rekaan lagi khas untuk rakyat Johor yang bermotifka­n flora dan fauna di Johor yang saya kira sangat halus dan indah,” kata beliau lagi.

Selain itu, terdapat pelbagai program turut dilaksanak­an termasuk bengkel tenun yang dibuka khas bukan sahaja untuk kakitangan YWJ tetapi juga pelajar dan juga orang awam.

“Para pengunjung juga boleh mendapatka­n atau menempah sendiri songket tenun Johor yang telah dipatenkan yang dijual khas hanya di galeri ini,” kata beliau.

Galeri Tenun ini dibuka kepada orang awam pada setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Shafie juga berkata orang ramai juga dijemput memeriahka­n Festival Hujung Medini di Dataran Penggaram, Batu Pahat pada 6 Okt ini; Pameran Jom ke Dapur di Galeri Dato Onn, Batu Pahat pada 14 Okt ini dan Festival Tari Rakyat Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar mulai 19 hingga 21 Okt ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Pengunjung melihat motif cetakan kain songket dan tenun yang bercirikan warisan Johor di Galeri Tenunan.
— Gambar Bernama TERTARIK: Pengunjung melihat motif cetakan kain songket dan tenun yang bercirikan warisan Johor di Galeri Tenunan.
 ?? — Gambar Bernama ?? KOLEKSI: Kain songket dan tenun awarisan Johor antara koleksi yang dipamerkan di Galeri Tenun di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Jalan Sungai Chat, dekat Johor Bahru, baru-baru ini.
— Gambar Bernama KOLEKSI: Kain songket dan tenun awarisan Johor antara koleksi yang dipamerkan di Galeri Tenun di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Jalan Sungai Chat, dekat Johor Bahru, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? WARISAN: Roslinda dan Pembantu Muzium Galeri Tenun Jamilah Mustafar (dua kanan) menunjukka­n cara menerai benang secara tradisiona­l ketika ditemui di Galeri Tenun.
— Gambar Bernama WARISAN: Roslinda dan Pembantu Muzium Galeri Tenun Jamilah Mustafar (dua kanan) menunjukka­n cara menerai benang secara tradisiona­l ketika ditemui di Galeri Tenun.
 ??  ?? ROSLINDA
ROSLINDA
 ??  ?? SHAFIE AHMAD
SHAFIE AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia