Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak diingat berhati-hati pilih wakil rakyat

-

MUKAH: Rakyat negeri ini diingatkan berhati-hati ketika memilih wakil rakyat yang bakal bersuara di Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak.

Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata DUN adalah tempat di mana hak serta suara mereka dipertahan dan disuarakan.

“Dari mula tujuan dan hakikatnya DUN atau dahulunya dikenali Kaunsel Negeri adalah tempat berbincang mengenai hal berkaitan negeri Sarawak sehingga kini,” katanya ketika merasmikan pertanding­an memancing sempena ulang tahun ke-150 DUN Sarawak di tempat parkir pasar lama di sini semalam.

Oleh itu, wakil rakyat diwakili di DUN bertanggun­gjawab penuh atas polisi yang digubal.

Malah, antara polisi sehingga kini masih dipertahan­kan adalah mengenai imigresen bahawa orang luar tidak bermastaut­in di Sarawak.

Justeru, rakyat Sarawak tidak harus memperjudi nasib serta hak dengan memberi kepercayaa­n terhadap parti luar yang berteraska­n Semenanjun­g Malaysia.

“Sudah tentu kita mahu suara dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan komponen lain bersuara dalam dewan,” katanya.

Menurutnya,DUNSarawak adalah antara institusi perun- dangan tertua di dunia pada ketika ini.

Ia turut membenarka­n pelbagai bahasa digunakan iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris mahupun pelbagai bahasa etnik lain sebagai perantara ketika berbahas.

Pertanding­an memancing kali ini disertai 300 peserta terbahagi kepada kategori laut dalam dan tebing sungai.

Selain memancing turut diadakan pelbagai aktiviti seperti festival bermukun, larian, gerai jualan dan pameran serta masakan.

Turut hadir Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, ADUN Tellian Yussibnosh Balo dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia