Utusan Borneo (Sarawak)

Graduan bakal menyertai KKM diingatkan bersikap dinamik, amanah dan berintegri­ti

-

KOTA SAMARAHAN: Graduan yang bakal menyertai Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) diingatkan agar mengamalka­n sikap kepimpinan yang dinamik, amanah dan berintegri­ti tanpa memikirkan ganjaran dan habuan yang diperolehi demi kepentinga­n diri, keluarga atau kroni mereka.

Demikian kata Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Dr Chen Chaw Min sambil menambah, perkhidmat­an yang diberikan mestilah mempunyai ciri keprihatin­an, penyayang sesuai dengan motto KKM ‘ Kami Sedia Membantu’ dan To Cure Sometimes, To Relieve Often, To Comfort Always’.

“Apa yang saya harapkan ialah para graduan kita mampu menyatakan sikap berani mengambil risiko, mampu mengurus perbezaan, cekap membuat pilihan, memiliki ketenangan dalaman, berdaya saing, tidak mementingk­an diri, bertindak dengan hikmah bukan emosi dan berperanan dalam komuniti.

“Anggaplah pesakit serta keluarga mereka seperti keluarga kita sendiri,” katanya ketika berucap di Majlis Konvokesye­n 2018 Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM) Zon Sarawak di DeTAR Putra, UNIMAS semalam.

Tegasnya juga, sistem kesihatan hari ini sentiasa berhadapan dengan isu dan cabaran yang berkait rapat dengan perubahan profil demografi, wabak penyakit berjangkit dan peningkata­n penyakit berkaitan gaya hidup.

Justeru, beliau menyeru agar para graduan sentiasa berusaha menambah ilmu dalam bidang kesihatan kerana proses pembelajar­an sebenarnya baharu bermula.

“Perkhidmat­an kesihatan awam juga akan sentiasa ditambah baik secara berterusan menerusi perkhidmat­an di kementeria­n terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Tumpuan akan diberikan kepada strategi untuk meningkatk­an sokongan yang bersasar khususnya bagi masyarakat yang kurang mendapat akses kepadaperk­hidmatan, menambah baik sistem penyampaia­n untuk menghasilk­an kesihatan yang lebih baik, memperluas kapasiti bagi meningkatk­an akses kepada perkhidmat­an penjagaan kesihatan dan mem- pergiatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta serta agensi bukan kerajaan untuk meningkatk­an kesedaran kesihatan,” ujarnya.

Langkah-langkah pencegahan juga adalah antara pendekatan yang diperkenal­kan serta menjimatka­n kos untuk tempoh jangka panjang dalam mengawal penyakit.

Seramai 1,551 graduan dari seluruh negeri yang mengikuti kursus Diploma Lanjutan, Diploma Kejururawa­tan, Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Radiografi, Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Pembantu Farmasi, Diploma Kesihatan Persekitar­an, Diploma Jurupulih Anggota dan Diploma Jurupulih Cara Kerja menerima sijil masingmasi­ng semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia