Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan tiada ketirisan yang sepatutnya memberi manfaat kepada penduduk luar bandar

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Kerajaan mahu mengkaji semula sistem pemberian subsidi untuk pengangkut­an barang ke kawasan luar bandar di Sarawak.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Chong Chieng Jen berkata langkah itu diambil untuk memastikan tidak berlaku ketirisan dalam pemberian subsidi terbabit yang sepatutnya memberi manfaat kepada penduduk di kawasan luar bandar.

“Kita tidak nafikan, terdapat banyak ketirisan berlaku dalam skim subsidi yang dilaksanak­an (oleh kerajaan) sebelum ini.

“Oleh itu saya akan membawa perkara ini kepada menteri (KPDNKK) untuk dibincangk­an dan berharap ia akan dikaji semula demi manfaat rakyat.

“Kita mahu satu sistem baharu yang lebih baik dan

Kita tidak nafikan, terdapat banyak ketirisan berlaku dalam skim subsidi yang dilaksanak­an (oleh kerajaan) sebelum ini.

lebih efisien serta membolehka­n kita memantau situasi di kawasan luar bandar tanpa perlu melibatkan penamaan kakitangan dalam kementeria­n itu di sini,” ujarnya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke salah satu premis perniagaan popular di sini semalam, Chong berkata kajian semula itu kelak akan merangkumi pelbagai aspek termasuk keadaan geografi di luar bandar Sarawak.

Chong memberitah­u, untuk kementeria­n itu menukar satu sistem lama (yang sedia ada) bukan perkara yang mudah kerana ia perlu melibatkan kaji selidik dengan kakitangan dan pegawai di pelbagai peringkat, penduduk setempat dan sebagainya termasuk kedudukan geografi di luar bandar Sarawak, dengan sesetengah POS terbabit terletak sehingga lebih 100 kilometer jaraknya ke pedalaman.

Dalam perkembang­an yang sama, Chong memberitah­u ketirisan berlaku dalam sistem sedia ada berikutan kurangnya kakitangan bagi memantau lebih 1,600 lokasi ‘ point of sales’ ( POS) di pedalaman Sarawak.

“Kalau kita nak tambah kakitangan yang secukupnya untuk menjaga POS ini, dengan mengabiska­n puluhan ribu untuk kos tersebut, sedangkan kos operasi untuk tujuan itu hanya beberapa ribu sahaja, maka itu tidak masuk akal.

“Oleh itu kita memerlukan satu sistem terbaik untuk menyelesai­kan masalah ini,” tambahnya.

Terdahulu, beliau sekali lagi meyakinkan rakyat bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang diperkenal­kan semula bagi menggantik­an Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) lebih baik dan kesannya ke atas barangan kurang berbanding GST.

“Saya nak buat kesimpulan, di bawah GST rakyat terpaksa membayar RM43 bilion, sebaliknya di bawah SST, kita menganggar­kan rakyat hanya perlu membayar RM24 billion sahaja, yang boleh membantu kita merangsang ekonomi dan pembanguna­n negara,” tambahnya.

Hadir sama mengiringi Chong semalam ialah Senator Alan Ling, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon, Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak Md Nawawi Abdul Rahman serta Pengurus Nam Leong Sarawak Khor Whye Pheng.

Menurut Khor, pasar raya Nam Leong yang memiliki lebih 20 cawangan di seluruh Sarawak, memiliki lapan cawangan di Miri termasuk satu masing-masingnya di pekan Niah dan Bekenu.

Chong Chieng Jen Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an

 ??  ?? KAJI SEMULA: Chong semasa bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pasar raya Nam Leong di Permyjaya, Miri, semalam. Turut kelihatan Dr Ting (kiri) dan Md Nawawi.
KAJI SEMULA: Chong semasa bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pasar raya Nam Leong di Permyjaya, Miri, semalam. Turut kelihatan Dr Ting (kiri) dan Md Nawawi.
 ??  ?? SIMBOLIK: Dennis (tengah) bersama pemimpin gereja BEM Ferry Point dan tetamu jemputan lain memotong kek pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun BEM Ferry Point Ke-25 di sebuah hotel terkemuka di Miri, baru-baru ini.
SIMBOLIK: Dennis (tengah) bersama pemimpin gereja BEM Ferry Point dan tetamu jemputan lain memotong kek pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun BEM Ferry Point Ke-25 di sebuah hotel terkemuka di Miri, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia