Utusan Borneo (Sarawak)

Kes bunuh dan rogol Nurnia ditangguh, didengar semula 7 Disember

-

SIBU: Mahkmah Sesyen di sini semalam menangguhk­an kes bunuh dan rogol melibatkan seorang pembantu pendaftara­n di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) kepada 7 Disember akan datang.

Hakim Caroline Bee Majanil membenarka­n penangguha­n itu selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Tajul Ariffin Musa.

Terdahulu pihak pendakwa raya memohon kes ditangguhk­an semula memandangk­an laporan bedah siasat dan laporan kimia kes belum siap.

Sehubungan itu, mahkamah memerintah­kan tertuduh, Philip Uja, 42, ditahan reman lanjut dan dihadapkan semula di mahkamah pada 7 Disember depan.

Pada 21 Ogos lepas, Philip telah dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan membunuh dan merogol Nurnia Azalea Priscilla antara jam 8 malam pada 1 Ogos hingga 2.30 petang pada 2 Ogos di sebuah bilik sewa di Jalan Tiong Hua.

Bagaimanap­un tiada pengakuan diambil daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 376( 4) kanun yang sama bagi merogol pembantu pendaftara­n JPN itu.

Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Ketika prosiding semalam, tertuduh diwakili peguam Rosli Gapor.

Menurut laporan sebelum ini, mayat Nurnia Azalea ditemui dengan tangan dan kakinya terikat ke belakang oleh rakan-rakannya di rumah sewanya di Jalan Tiong Hua pada jam 2.30 petang, 2 Ogos lalu.

Mereka telah pergi ke rumah sewanya selepas suami mangsa yang berusia 29 tahun, yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Tatau meminta bantuan mencari mangsa selepas gagal menghubung­i isterinya itu.

Pasangan itu telah berkahwin selama setahun dan belum mempunyai cahaya mata.

 ??  ?? TANGGUH: Philip dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen.
TANGGUH: Philip dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia