Utusan Borneo (Sarawak)

Menawarkan lebih daripada 1,000 produk kecantikan terkini

-

KUCHING: ETUDE House, premis bagi produk kecantikan dari Korea membuka outlet baharunya di Pusat Beli-belah Vivacity Kuching, semalam.

Outlet baharu yang merupakan yang pertama di Sabah dan Sarawak dan ketiga di seluruh negara itu dengan bangganya membawa konsep bertenaga dan muda.

Ia di bawah pengawasan Amorepacif­ic Malaysia Sdn Bhd (Amorepacif­ic), yang menempatka­n jenama terkenal Korea seperti Sulwhasoo, Laneige dan premis yang baharu dibuka di Kuching barubaru ini, iaitu Innisfree.

Pengurus pemasaran bahagian ETUDE Amorepacif­ic, Tin Yen semasa majlis pembukaan premis berkata, ETUDE House yang baharu kembali semula ke Kuching dengan imej lebih baik dan besar.

Dengan keluasan 1,200 kaki persegi, premis baharu itu menawarkan lebih daripada 1,000 produk kecantikan terkini Korea daripada pelbagai jenis alat solek, penjagaan kulit, masker, wangian dan banyak lagi.

Di samping itu, ETUDE House juga setiap bulan akan membawa produk baharu selaras dengan trend kecantikan terkini dari Korea Selatan, menjadikan­nya kedai yang pilihan kepada mereka yang mengikuti K-Beauty Trends.

Selain itu ETUDE House merupakan yang pertama di Sabah dan Sarawak, menawarkan perkhidmat­an ukiran percuma bagi pelanggan yang membeli produk gincu ‘Matte x Sheer Dear My Tinting Lips’ dan kotaknya.

Pada masa ini, ETUDE House menawarkan diskaun eksklusif 20 peratus bagi produk gincu dan kotaknya serta diskaun 30 peratus bagi produk kecantikan seperti set Masker Air Therapy 0.2, set kologen Moistfull, set Red Tension Energy dan set Colour Scent Body.

Bermula sekarang sehingga 30 September, ETUDE House menawarkan 20 peratus diskaun bagi bedak asas ‘Double Lasting Cushion and Refill’ selain memberi sampel produk ‘FIX & FIX Tone Up Primer’.

Bersempena dengan pembukaan, bagi mana- mana pembelian di premis baharunya itu, pelanggan boleh menebus 300 mata ganjaran di mana juga mereka boleh memuat turun terus aplikasi keahlian.

Bermula semalam dan hari ini, pelanggan berpeluang memenangi beberapa produk apabila mereka membelanja­kan RM50 ke atas.

Bagi mereka yang tidak berkesempa­tan mengunjung­i majlis pembukaan, mereka masih berpeluang mendapat kit percuma bagi 100 pelanggan pertama pada hari ini.

Bermula pada hari ini hingga 17 September pula, pelanggan berpeluang memenangi autograf album percuma oleh kumpulan Kpop terkenal iaitu SNS, dengan hanya menjadi tiga pelanggan teratas berbelanja di ETUDE House.

Pemenang bagi peraduan ini akan diumumkan pada 19 September melalui laman rasmi SNS.

Selain itu turut diberikan cenderamat­a percuma bagi pelanggan yang membeli barangan RM100 ke atas.

Orang ramai boleh berkunjung ke ETUDE House di premis G-002&003, aras bawah Vivacity dan boleh melayari www.etudehouse.com. atau Facebook dan Instagram di @etudehouse­malaysia untuk mendapatka­n kemas kini terbaharu mengenai produk serta tawarannya.

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Teoh (kanan) dan Elaine memalu gong semasa majlis pelancaran BIG Loyalty AirAsia di Quill City Mall, semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Teoh (kanan) dan Elaine memalu gong semasa majlis pelancaran BIG Loyalty AirAsia di Quill City Mall, semalam.
 ??  ?? PERTAMA: Pelanggan berbaris di hadapan outlet ETUDE House sebelum majlis pembukaan premis baharunya di Vivacity, semalam.
PERTAMA: Pelanggan berbaris di hadapan outlet ETUDE House sebelum majlis pembukaan premis baharunya di Vivacity, semalam.
 ??  ?? PELBAGAI: ETUDE House yang menampilka­n produk kecantikan Korea menawarkan lebih 1,000 produk.
PELBAGAI: ETUDE House yang menampilka­n produk kecantikan Korea menawarkan lebih 1,000 produk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia