Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching Progressiv­e Toastmaste­rs Club adakan majlis makan malam

-

SIBU: Seramai 40 pelajar dan tujuh pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darul Aman mengadakan Program Jalinan Jaringan Pendidikan Islam dan Pendidikan Pemulihan Khas di Rumah Meramat Ibu, Sekuau Batu 28 Jalan Oya.

Program tiga hari itu turut mendapat kerjasama 100 penduduk rumah panjang dari Urus Setia Saudara Kita (USK) Cawangan Teku, USK Sibu Jaya dan USK Salim.

Pengerusi USK Sekuau, Mohamad Ali Abdullah berharap program seumpama itu dapat memberi pendedahan lebih baik mengenai Islam dan perkara berkaitan akidah.

“Dengan menyantuni penduduk, kami berharap mereka lebih tertarik dengan keindahan agama Islam yang sentiasa mempromosi­kan kedamaian.

“Pada masa sama, ia memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan budaya dan adat sebenar di Sarawak,” katanya.

Program itu menjalinka­n hubungan antara IPG Kampus Darul Aman dengan agensi peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Selain itu, ia memberi bimbingan berkaitan bengkel keagamaan dan pendidikan pemulihan khas kepada masyarakat di rumah panjang terbabit.

Pelajar-pelajar juga dapat merasai pengalaman sepanjang berada di rumah panjang yang pasti menjadi detik amat berharga buat mereka. KUCHING: Kuching Progressiv­e Toastmaste­rs Club baru-baru ini mengadakan majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini.

Majlis itu dihadiri oleh Pengarah Kawasan D4 Liew Shau Jin yang turut melaksanak­an tugas menamatkan perkhidmat­an bagi pegawaipeg­awai kelab lama untuk penggal 2017-2018.

Turut diadakan pada majlis itu ialah pelantikan baharu pegawai- pegawai kelab terbabit untuk penggal 2018- 2019.

Liew dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pegawai-pegawai kelab bagi penggal 2017- 2018 atas dedikasi mereka untuk membawa kelab ini ke tahap yang lebih membanggak­an.

Manakala untuk pegawai baharu, beliau turut berkongsik­an pengalaman dan cabaran mereka dalam membantu masyarakat daripada pelbagai lapisan untuk bercakap dengan cara yang betul, mendengar dan berfikir secara kreatif.

Sementara itu, Pengarah Bahagian D, Stanley Gona Chee Khiong memuji para pegawai kelab di bawah kepimpinan Presiden kelab, Voon Boon Han untuk penggal 2017-2018.

Stanley juga mengucapka­n tahniah kepada pegawai kelab yang baharu (20182019) dan menyatakan keyakinan bahawa presiden kelab yang baharu untuk penggal ini, Chia Hui Ling dan ahli pasukannya akan bekerjasam­a rapat di bawah bimbingan Liew.

Selain itu, beliau turut menekankan pentingnya perancanga­n penggantia­n bagi membentuk pemimpin masa depan.

Ini adalah sejajar dengan misi Kelab Toastmaste­rs iaitu memberikan pengalaman pembelajar­an yang positif dari segi meningkatk­an kemahiran komunikasi dan kepimpinan sekali gus memupuk keyakinan diri dalam kalangan ahliahliny­a.

Pegawai baharu yang dilantik untuk Kuching Progressiv­e Toastmaste­rs Club ialah Chia Hui Ling ( Presiden); Nicole Toh Gek King (Naib Presiden Pendidikan); Ambrose Lee (Naib Presiden Keahlian); Irisah Chin (Naib Presiden Perhubunga­n Awam); Ling Swee Ngo ( Setiausaha); Then Chen Foo (Bendahari) dan Vincent Chong Y Leong (Sergeant at Arms).

Toastmaste­rs Internatio­nal mempunyai lebih 352,000 ahli dan mereka meningkatk­an kemahiran bertutur dan kepimpinan dengan menghadiri salah satu daripada 16,400 kelab di 141 negara.

Kuching Progressiv­e Toastmaste­rs Club mengalu-alukan individu yang berminat untuk mengasah kemahiran berbahasa Cina dan komunikasi mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Chia menerusi talian 016-4148018.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Liew (empat kanan) merakamkan kenangan bersama pegawai baharu Kuching Progressiv­e Toastmaste­rs Club untuk penggal 2018-2019 di Kuching, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Liew (empat kanan) merakamkan kenangan bersama pegawai baharu Kuching Progressiv­e Toastmaste­rs Club untuk penggal 2018-2019 di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia