Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan ambil berat soal pendidikan Program baucar bantuan pakaian seragam usaha ringankan beban golongan sasar

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kerajaan negeri amat mengambil berat tentang pendidikan dan kebajikan anak-anak Sarawak terutama golongan kurang berkemampu­an bagi memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, program baucar bantuan pakaian seragam yang dilaksanak­an di Sarawak satu usaha berterusan dalam membantu golongan sasar membeli pakaian seragam sekali gus meringanka­n beban mereka.

Jelasnya dalam usaha membantu mereka, kerajaan negeri memutuskan menaikkan jumlah baucar daripada RM100 kepada RM200 dengan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi pelajar tahun satu dan tingkatan satu.

“Kita tidak mahu mendengar atau melihat anak-anak kita tidak dapat meneruskan persekolah­an hanya sematamata disebabkan tidak ada wang untuk membeli buku serta peralatan sekolah,” ujarnya pada Majlis Penyampaia­n Baucar Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak 2018 di Dewan Bunga Raya di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, wakil Pengarah Yayasan Sarawak Suryani Abdul Hamid, wakil Residen Bahagian Limbang Aspalela Shamuni dan Pegawai Pendidikan Daerah Matzinan Wahit.

ADUN Bukit Kota itu berkata, golongan yang dibantu merupakan mereka yang layak berdasarka­n data eKasih, murid berkeperlu­an asas, murid- murid Penan serta mereka yang disahkan layak oleh kumpulan sasaran daerah.

Justeru, beliau mahu semua vendor iaitu kedaikedai pembekal pakaian seragam sekolah yang terlibat membekalka­n kuantiti dan kualiti pakaian seragam yang mencermink­an nilai RM200 pada baucar yang diberikan pelajar.

“Pekedai tidak seharusnya mengaut keuntungan yang tidak munasabah melalui program ini.

“Adalah lebih baik ibu bapa memeriksa dahulu pakaian supaya setimpal dengan nilai baucar,” ujarnya lagi.

Tegas beliau lagi, kerajaan negeri terus menitikber­atkan soal pembanguna­n pendidikan anak-anak negeri ini.

“Atas sebab itulah dan menyedari betapa pentingnya pendidikan sebagai asas atau pemangkin pembanguna­n modal insan, portfolio Menteri Pendidikan (Sains dan Penyelidik­an Teknologi) diwujudkan dalam kabinet negeri diterajui Dato Sri Michael Manyin,” tambahnya.

Dr Abdul Rahman berkata lagi, banyak institusi latihan kemahiran (swasta dan kerajaan) menyediaka­n pelbagai bentuk latihan kemahiran kepada anak-anak di Sarawak.

“Jadi tidak ada sebab dan alasan kenapa anak-anak kita tidak boleh berjaya.

“Peluang sentiasa disediakan kerajaan negeri, jika akademik tidak memuaskan cubalah ceburi dan terokai bidang kemahiran dan teknikal,” katanya lagi.

 ??  ?? PENDIDIKAN ISLAM: Pelajar IPG Kampus Darul Aman dan penduduk Rumah Meramat merakamkan kenangan pada program Jalinan Jaringan Pendidikan Islam di rumah panjang terbabit.
PENDIDIKAN ISLAM: Pelajar IPG Kampus Darul Aman dan penduduk Rumah Meramat merakamkan kenangan pada program Jalinan Jaringan Pendidikan Islam di rumah panjang terbabit.
 ??  ?? BANTUAN PENDIDIKAN: Dr Abdul Rahman (duduk tiga kiri), Aspalela (kiri), Hasbi, Suryani dan Matzinan bergambar bersama penerima baucar semalam.
BANTUAN PENDIDIKAN: Dr Abdul Rahman (duduk tiga kiri), Aspalela (kiri), Hasbi, Suryani dan Matzinan bergambar bersama penerima baucar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia