Utusan Borneo (Sarawak)

Wira Tak Didendang Pulau Bruit Sejauh manakah anda ingin membantu rakyat Malaysia yang memerlukan?

-

Terdapat banyak cerita inspirasi seperti ini jika kita bersedia untuk mencari mereka. Kisah-kisah Wira Tak Didendang yang meletakkan orang lain sebelum mereka, kisah tentang individu yang menghadapi cabaran dan risiko untuk membantu orang lain yang memerlukan. Bak kata pepatah condong ditumpil, lemah dianduh (memberi pertolonga­n seperti kewangan, buah fikiran, dan sebagainya kepada orang yang dalam kesusahan).

meninggalk­an zon selesanya menjadi seorang nelayan dan berkecimpu­ng dalam bidang perniagaan menjual gas memasak.

“Saya bermula dengan membekalka­n sejumlah kecil gas memasak ke kampung saya dan sering berulang-alik ke Sibu dan Pulau Bruit.

“Pada masa itu, saya hanya mampu membawa kira-kira 10 hingga 20 silinder gas memasak menggunaka­n bot panjang saya pada satu-satu masa.

“Perlahan-lahan, perniagaan saya mula mendapat permintaan dan saya meningkatk­an bekalan secara beransur- ansur dari semasa ke semasa.

“Dengan peningkata­n sambutan dan rekod memberangs­angkan, saya telah memohon menjadi pengedar daripada PETRONAS pada 2002 dan dari situ, bermulalah perjalanan saya sebagai pengedar berdaftar PETRONAS,” jelasnya.

Setelah dilantik sebagai pengedar berdaftar, Ling menjalani beberapa siri latihan yang dikendalik­an oleh PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), di mana dia diberikan pengetahua­n dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalanka­n perniagaan.

Latihan ini termasuk kemahiran keusahawan­an dan aspek keselamata­n pengendali­an dan pengangkut­an silinder gas memasak.

Hari ini, Ling membekalka­n sebanyak 2,000 silinder gas memasak sebulan di kepulauan tersebut yang merangkumi 16 kampung termasuk Kampung Penipah.

Kehidupan penduduk kampung juga bertambah baik dengan adanya bekalan silinder gas memasak ini sekali gus menjadikan aktiviti memasak lebih senang dan menjimatka­n masa.

Seiring dengan perniagaan­nya yang semakin berkembang, Ling membeli bot bersaiz lebih besar yang mampu menampung 1,000 silinder gas memasak pada satu-satu masa sekali gus dapat menampung permintaan daripada penduduk tempatan.

Namun begitu, setiap perniagaan pasti ada cabarannya, Ling masih lagi perlu menghadapi risiko faktor keadaan cuaca dan laut bergelora setiap kali menghantar bekalan ke Pulau Bruit.

“Perjalanan saya bergantung kepada pasang surut laut, jadi jadual penghantar­an saya tidak tetap. Jika air pasang pada jam 3 pagi, saya akan pergi.

“Tidak semua perjalanan saya lancar kerana terdapat keadaan di mana laut bergelora, malah pernah suatu ketika saya kehilangan semua silinder gas memasak apabila bot kami terbalik,” katanya.

Hampir dua dekad dalam perniagaan, angin kencang dan ombak besar yang tidak dijangka juga pernah membadai bot dengan begitu kuat sehingga beberapa silinderny­a jatuh ke laut.

“Kami terpaksa terjun ke laut untuk mengambil semula setiap silinder yang jatuh kerana satu silinder yang hilang boleh menyebabka­n sebuah keluarga tiada bekalan silinder gas memasak selama seminggu,” katanya.

Bagi salah seorang penduduk, Bustam Opic, 61, dia sangat menghargai usaha Ling yang memastikan bekalan silinder gas memasak sentiasa mencukupi di kampung.

“Ia bukan tugas mudah, banyak faktor seperti cuaca buruk boleh berlaku secara tiba- tiba dan boleh melambatka­n bekalan. Pada masa seperti ini, kami tiada pilihan untuk memasak selain cara tradisonal iaitu menggunaka­n kayu api.

“Tetapi, ini hanya akan berlaku selama beberapa hari kerana Ling sentiasa memastikan dia menyampaik­an gas memasak secepat mungkin,” katanya.

Di bawah bimbingan dan l atihan ber ter usan PDB, termasuk mengenal pasti bidang berpotensi untuk penembusan pasaran, Ling mengembang­kan operasi di luar kampungnya dan kini mempunyai beberapa kedai di Daro, Bintangor, Tanjung Manis dan Belawai.

Walaupun sibuk dengan perniagaan­nya, Ling terus mengekalka­n hubungan rapat dengan penduduk kampung dan kadang-kadang menganjurk­an program seperti pertanding­an memasak dan taklimat keselamata­n gas memasak.

Dia juga ter libat dalam aktiviti masyarakat dan sering menderma kepada isi rumah yang memerlukan.

“Pulau Bruit adalah rumah saya dan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk mereka. Sekarang saya seorang pengedar berdaftar PETRONAS, saya bangga dengan kerja saya kerana saya memperluas­kan gas PETRONAS ke sini dan menggalakk­an penduduk menyokong produk tempatan. Kami rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Walaupun telah menjadi usahawan berjaya, namun Ling tidak pernah melupakan asal usul dirinya yang bermula sebagai seorang nelayan dan dengan apa yang dimilikiny­a sekarang, Ling masih lagi pulang ke rumah kayu di kampungnya yang jauh dari bandar kerana dari sinilah dia bermula.

 ??  ?? Bot panjang merupakan pengangkut­an utama yang digunakan Ling untuk menghantar silinder gas memasak ke Pulau Bruit.
Bot panjang merupakan pengangkut­an utama yang digunakan Ling untuk menghantar silinder gas memasak ke Pulau Bruit.
 ??  ?? Ling dan pekerjanya memunggah silinder gas memasak dari lori ke dalam bot yang akan dibawa ke Kampung Penipah untuk dihantar ke kampung sekitar Pulau Bruit.
Ling dan pekerjanya memunggah silinder gas memasak dari lori ke dalam bot yang akan dibawa ke Kampung Penipah untuk dihantar ke kampung sekitar Pulau Bruit.
 ??  ?? Perjalanan ke Pulau Bruit menggunaka­n bot adalah selama empat jam.
Perjalanan ke Pulau Bruit menggunaka­n bot adalah selama empat jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia