Utusan Borneo (Sarawak)

Pulau Pinang pertimbang beri diskaun bagi projek perumahan di bawahnya

-

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mempertimb­angkan untuk memberi diskaun untuk projek- projek perumahan di bawahnya susulan pengumuman Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang yang memberikan diskaun pembelian rumah sebanyak enam dan 10 peratus kepada pembeli.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Perancanga­n Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata beliau akan membawa perkara berkenaan (pemberian diskaun) kepada exco untuk dipertimba­ngkan.

“Sekiranya Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) tidak dikenakan kepada bahan pembinaan seperti simen, besi dan sebagainya seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini apabila Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dihapuskan dan diganti SST, kalau itu boleh berlaku memang harga perumahan mesti dikurangka­n.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan di tapak pembinaan perumahan di Jalan S.P Chelliah dekat sini hari ini.

Jagdeep memuji langkah REHDA dan menyifatka­nnya sebagai khabar gembira kerana badan korporat itu akur untuk menurunkan harga selepas pelaksanaa­n SST.

Kelmarin, Pengerusi REHDA negeri, Datuk Toh Chin Leong mengumumka­n REHDA akan memberikan diskaun pembelian rumah sebanyak 10 peratus bagi rumah yang bernilai RM300,000 ke atas di negeri ini dan diskaun sebanyak enam peratus bagi rumah mampu milik berharga bawah RM300,000 dan ia terpakai kepada projek sedia ada atau projek baharu.

Penurunan harga rumah itu ialah berikutan pelaksanaa­n SST bermula 1 September lepas.

Sementara itu, Jagdeep mengumumka­n bahawa sebuah syarikat pemaju Zubicon Sdn Bhd yang mengendali­kan projek perumahan rumah mampu milik dan rumah kos sederhana rendah di S.P Chelliah akan menerima pengiktira­fan ‘Green Building Index Gold’ bagi bangunan perumahan mampu milik dan Sijil Green Building Index bagi perumahan kos sederhana rendah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIH: Balu bekas ADUN Beserah Datin Maimunah Sulong, 67, menyiram air mawar di pusara suaminya, Faisal di Tanah Perkuburan Islam Setali di Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama SEDIH: Balu bekas ADUN Beserah Datin Maimunah Sulong, 67, menyiram air mawar di pusara suaminya, Faisal di Tanah Perkuburan Islam Setali di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia