Utusan Borneo (Sarawak)

Para usahawan memperkena­lkan lada hitam, sarang burung, durian, kelupis dan perencah laksa

-

KUCHING: Seramai 10 usahawan dari Sarawak mengambil bahagian dalam Expo China-ASEAN (CAEXPO) ke- 15 di Nanning, China yang bermula pada 11 September.

CAEXPO ke-15 berlangsun­g dari 11 hingga 13 September di Nanning dan delegasi dari Sarawak diketuai Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais.

Beliau berkata, pada ekspo kali ini usahawan dari Sarawak membawa pelbagai jenis produk makanan masing-masing.

“Antaraprod­ukyangmere­ka perkenalka­n adalah makanan dalam tin melibatkan produk daripada lada hitam, sarang burung, durian, kelupis dan juga perencah laksa Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, ekspo tersebut boleh dijadikan platfom bagi membuka ruang dan peluang pemasaran perniagaan dengan lebih luas lagi.

“Saya yakin harapan usahawan dari Sarawak adalah supaya produk mereka dapat diterima oleh pengguna negara China dan negara-negara lain yang mengambil bahagian pada ekspo tersebut,” kata beliau.

Naroden yang juga Menteri Muda E- Dagang berkata, Sarawak khususnya menerusi Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang sentiasa berusaha membantu usahawan tempatan dalam mengembang perusahaan mereka ke luar negara.

Sebagai contoh katanya, produk lada hitam iaitu minyak untuk mengurut lutut, yang telah disiarkan dalam akhbar sejak akhir-akhir ini telah mendapat tempahan sebanyak 1,000 botol.

Terdahulu, Naroden menghadiri Majlis Perasmian Malaysia Pavilion @ Expo ChinaAsean (CAEXPO) ke 15 di Nanning, China yang telah disempurna­kan Timbalan Menteri Perdaganga­n dan Industri Antarabang­sa Dr Ong Kian Ming.

 ??  ?? PENGENALAN: Naroden (dua kiri) bersama peserta dari Sarawak menunjukka­n produk dari negeri ini yang dipamerkan sempena CAEXPO ke 15 di Nanning, China.
PENGENALAN: Naroden (dua kiri) bersama peserta dari Sarawak menunjukka­n produk dari negeri ini yang dipamerkan sempena CAEXPO ke 15 di Nanning, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia