Utusan Borneo (Sarawak)

Dua renjer tentera ditembak mati di selatan Thailand

-

BANGKOK: Dua anggota renjer tentera ditembak mati dan empat lagi cedera dalam serangan hendap waktu malam oleh penyerang yang disyaki anggota militan di wilayah majoriti Muslim di selatan Thailand, kata pegawai semalam.

Wilayah yang bersempada­n dengan Malaysia itu sudah mengalami pemberonta­kan peringkat rendah namun berdarah selama lebih sedekad apabila puak militan etnik Melayu berperang dengan kerajaan majoriti pengikut Buddha untuk mendapatka­n autonomi yang lebih besar.

Renjer terbabit diserang lewat kelmarin di Pattani, salah sebuah wilayah paling teruk terjejas akibat konflik yang sudah mengorbank­an hampir 7,000 orang, ketika mereka meronda dalam daerah Nongchik dengan menaiki motosikal.

“Dua anggota renjer maut di lokasi serangan dan empat lagi cedera,” kata Kapten Sarawut Nuchwang, timbalan ketua penyiasat polis, kepada AFP.

Jumlah penyerang dan identiti mereka masih belum diketahui.

“Kami mengesyaki ia adalah angkara kumpulan tempatan sama yang aktif dalam daerah ini,” kata jurucakap tentera selatan Kolonel Pramote Prom- in, yang dipercayai merujuk kepada sekumpulan anggota militan tempatan.

“Mereka mahu mewujudkan situasi bagi mencetuska­n pergolakan.”

Tiga wilayah paling selatan di Thailand dijajah lebih seabad lalu.

Namun populasi majoriti Muslim Melayu menentang pemerintah­an Bangkok dan menuntut autonomi yang lebih besar atau kemerdekaa­n.

Mereka menuduh kerajaan mengganggu budaya mereka yang unik selain melakukan kesalahan rutin yang tidak dihukum.

Pemberonta­kan terbaharu berlaku pada 2004, yang menyaksika­n serangan tembakan atau bom yag berlaku hampir setiap hari dan menyebabka­n orang awam – baik Muslim mahupun pengikut Buddha – menanggung kesan paling serius daripada keganasan yang berlaku.

Pemberonta­k menjauhkan diri daripada publisiti, dan beroperasi dalam sel kecil di kawasan hutan yang terpencil dekat sempadan.

Kumpulan militia utama Barisan Revolusi Nasional enggan memberikan komitmen kepada rundingan damai secara terbuka.

Sejak junta yang memerintah Thailand merampas kuasa pada 2014, serangan besar-besaran tidak lagi begitu kerap disebabkan oleh kombinasi kawalan keselamata­n yang lebih ketat, penangkapa­n dan kerja perisikan.

Pada tahun lepas seramai 235 maut dalam pertelingk­ahan antara pemberonta­k dengan tentera. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia