Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat penerbanga­n Sri Lanka henti saji kacang gajus selepas presiden berang

-

COLOMBO: Syarikat penerbanga­n negara Sri Lanka semalam berkata ia akan berhenti menyajikan kacang gajus selepas presiden negara berang disebabkan oleh kacang yang disajikan kepadanya di atas penerbanga­n ke Colombo.

“Dalam penerbanga­n pulang dari Kathmandu, saya disajikan beberapa kacang gajus di atas penerbanga­n SriLankan, tetapi ia begitu teruk sekali malah anjing tidak akan memakannya,” kata Maithripal­a Sirisena pada Isnin lepas.

“Saya ingin tahu siapa yang meluluskan pembelian kacang ini,” kata presiden itu di satu mesyuarat petani.

Seorang jurucakap syarikat penerbanga­n berkata ia sudah bertindak dengan membuang stok kacang gajus – yang hanya disajikan dalam kelas bisnes sahaja – dan akan menukar pembekalny­a yang berpangkal­an di Dubai.

Ini bukan kali pertama kacang syarikat penerbanga­n mencetuska­n kemarahan.

Pada 2014 seorang pewaris di Korea Selatan mejadi terkenal apabila dia mengarahka­n sebuah pesawat Korean Air untuk berpatah balik ke pagarnya untuk mengusir seorang anggota kru kabin selepas dia disajikan kacang yang masih dalam bungkusan.

Pada bulan lepas Colombo mencari semula pelabur ekuiti dalam SriLankan yang menanggung kerugian dan hutang tinggi selepas Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) memberi amaran bahawa syarikat penerbanga­n itu mengheret ekonomi negara ke bawah.

Pada Mei tahun lepas, usaha untuk menswastak­an syarikat penerbanga­n itu gagal selepas sebuah firma ekuiti swasta dari Amerika Syarikat menarik balik bidaan bagi pegangan 49 peratus. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia