Utusan Borneo (Sarawak)

Penganalis­is politik beri reaksi berbeza tentang PRK Port Dickson

-

KUALA LUMPUR: Pembangkan­g tidak perlu meletakkan calon dan bertanding pada kerusi Parlimen Port Dickson yang dikosongka­n semalam oleh penyandang­nya kerana berdasarka­n iklim politik semasa mereka mustahil untuk memenangin­ya.

Penganalis­is politik Prof Dr Sivamuruga­n Pandian berkata, sebaliknya parti pembangkan­g sewajarnya menumpukan kepada usaha memperkuku­hkan parti masing-masing.

Beliau menyifatka­n keputusan meletakkan calon menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak akan memberikan impak yang besar walaupun meletakkan calon ‘heavyweigh­t’ di kerusi itu.

Katanya, pendirian itu dibuat berdasarka­n pemerhatia­n beliau pada peratusan keluar mengundi tiga pilihan raya kecil (PRK) lepas yang mengambark­an rakyat masih mengharapk­an janji yang dibuat ketika Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

“Jika keputusan untuk tidak bertanding dibuat, ini bukan bermakna tidak menghormat­i demokrasi kerana mereka ( UMNO) pernah lakukan dalam PRK Parlimen Gelugor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka dahulu,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam mengumumka­n pengosonga­n kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar, dalam usaha PH mengangkat beliau sebagai perdana menteri kelapan.

Namun begitu bagi Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar adalah lebih baik parti pembangkan­g meletakkan calon bagi memberikan kenyataan politik walaupun jangkaanny­a Anwar akan menang selesa.

“Kalau diikutkan PRK DUN Seri Setia misalnya kerjasama UMNO dan PAS berjaya meningkatk­an jumlah undi sokongan kepada pembangkan­g dan walaupun tidak menang ia akan memperliha­tkan sesuatu...berjaya kurangkan majoriti.

“Jadi, tidak semestinya automatik keputusan tiga PRK lepas memihak kepada PH dan pembangkan­g mengambil keputusan tidak mencuba walaupun nama yang bertanding itu Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Mengenai sama ada keputusan pembangkan­g meletakkan calon tempatan sebagaiman­a cadangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Tunku Mohar berkata, ia bukan isu yang penting kerana ini melibatkan pertanding­an seseorang yang mempunyai nama besar dalam politik.

Sementara itu anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, keputusan Anwar bertanding sebagai sesuatu yang tepat bagi Ketua Umum PKR itu untuk membina semula karier politik yang diperjuang­kan sejak mula terjun ke dunia politik sekitar tahun 1982 bersama UMNO.

“Tindakan dan keputusan ini merupakan hak beliau kerana umum mengetahui sebagaiman­a dijanjikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, jawatan ketua negara itu akan diserahkan kepada Anwar dalam tempoh masa dua tahun pentadbira­n PH.

“UMNO akan memberi sokongan penuh kepada manamana calon yang akan bertanding di parlimen itu, sudah tentu kita tidak akan biarkan PH menang kali ini,” katanya.

Senada dengan Fathul Bari, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata, langkah berani tersebut membuktika­n Anwar juga mahu mengembali­kan kewibawaan beliau selain mengukuhka­n kedudukann­ya dalam PKR.

“Jika Anwar menang pada PRK tersebut, ia melicinkan perancanga­n beliau untuk dilantik sebagai perdana menteri,” katanya.

Bagaimanap­un, bagi Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandang­an bahawa mengadakan pilihan raya dengan cara sengaja melepaskan jawatan yang dipilih rakyat seolaholah mempersend­akan undian rakyat pada PRU14.

Katanya, lebih buruk lagi apabila melibatkan pembaziran wang rakyat untuk mengadakan PRK yang sengaja diadakan ketika rakyat diminta berjimat cermat dan berkorban demi negara.

“Hakikatnya dengan peratusan keluar mengundi yang terlalu rendah dalam sejarah PRK di ketiga-tiga PRK lalu jelas mengisyara­tkan bahawa rakyat sudah muak dan jemu dengan fenomena berpolitik dengan tiada perubahan janji kos sara hidup yang diharap menurun selepas perubahan kerajaan,” katanya. — Bernama PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Port Dickson semalam.

Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata, pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi berkenaan berikutan peletakan jawatan penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah diterima daripada Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Sehubungan itu, katanya, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincang­kan tarikh- tarikh penting pilihan raya kecil seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanak­an pilihan raya tersebut.

“Tarikh mesyuarat khas berkenaan akan dimaklumka­n nanti oleh pihak SPR,” katanya dalam satu kenyataann­ya semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia