Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik Komuniti diharap ditempatka­n di lokasi sesuai

-

KUCHING: Klinik Komuniti yang diubah suai daripada Klinik 1Malaysia diharap ditempatka­n di lokasi sesuai untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata isu menukar nama Klinik 1Malaysia kepada Klinik Komuniti harus tidak menjejaska­n kualiti perkhidmat­an diberikan.

Menurutnya pertukaran nama itu hanya untuk melihatkan­nya tiada kaitan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Pertukaran nama ini semata-mata untuk melihatkan Klinik 1Malaysia tiada kaitan dengan bekas Perdana Menteri (Najib).

“Bagaimanap­un perkara paling penting ialah sistem penyampaia­nnya ditambah baik dan lokasinya mesti sesuai,” katanya.

Fatimah yang juga ketua wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata jika kelemahan Klinik 1Malaysia perlu diperbaiki, pastikan ia lebih baik berbanding sebelum ini.

Katanya dalam konteks Sarawak, Klinik 1Malaysia memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri ini terutama golongan berpendapa­tan rendah.

“Klinik 1Malaysia, selain menawar perkhidmat­an pada harga berpatutan, kesegeraan memberi khidmat juga penting kerana ia membantu mengurangk­an jumlah pesakit di beberapa klinik kesihatan.

“Jadi kenapa nak tutup Klinik 1Malaysia? Semua kita, ahli politik, kakitangan awam mesti profesiona­l dalam pendekatan kita dalam menyediaka­n perkhidmat­an kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin iaitu 33 daripada 346 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan ditutup secara berperingk­at selepas isu berkenaan dibawa ke kabinet.

Dr Dzulkefly berkata lebihan Klinik 1Malaysia berkenana akan diubah suai menjadi Klinik Komuniti dengan beberapa kelainan baharu termasuk menugaskan pegawai perubatan, ahli farmasi dan jururawat di setiap klinik.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarka­n Minggu Promosi Kesihatan Pergigan Kebangsaan (Minggu PKPK) 2018 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelmarin.

Penstruktu­ran semula Klinik 1Malaysia merupakan antara tiga isu utama melibatkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang bakal dibentangk­an pada mesyuarat kabinet akan datang.

Dua lagi isu ialah kes gangguan seksual melibatkan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) dan cadangan kenaikan kadar caj perundinga­n pengamal perubatan dan doktor bagi perkhidmat­an di klinik serta hospital swasta.

 ??  ?? LANCAR: Miro (dua kanan) merasmikan logo baharu KSRK di Dewan Masyarakat Krokong kelmarin.
LANCAR: Miro (dua kanan) merasmikan logo baharu KSRK di Dewan Masyarakat Krokong kelmarin.
 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia