Utusan Borneo (Sarawak)

Kontinjen Malaysia mempamerka­n aksi cemerlang sebelum temasya Sukan Asia 2018 berakhir

-

JAKARTA: Kontinjen Malaysia terus mempamerka­n aksi cemerlang dengan menambah satu lagi pingat emas selain satu perak dan enam gangsa pada hari ke-13 temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, kelmarin.

Skuad pelayaran nyata berada dalam kelas tersendiri selepas menyumbang satu emas, satu perak dan tiga gangsa pada aksi di Pusat Pelayaran Kebangsaan Indonesia.

Pelayar negara, Muhammad Fauzi Kaman Shah, 16, menjadi atlet termuda negara menyumbang pingat dengan memberikan pingat emas keenam Malaysia setelah mengunggul­i acara Laser Terbuka 4.7, selain satu perak yang disumbangk­an oleh pelayar Olimpik negara, Khairulniz­am Mohd Afendy dalam acara Laser Standard.

Pelayar wanita negara, Nur Shazrin Mohamad Latif turut menampilka­n aksi cemerlang setelah meraih gangsa dalam acara Laser Radial, sekaligus mengiringi Khairulniz­am ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dua lagi gangsa daripada sukan pelayaran disumbangk­an oleh gandingan Nuraisyah Jamil dan Norashikin Mohamad Sayed dalam acara 470 wanita dan gandingan Illham Wahab dan Nuur Fatin Solehah Abdul Rahman dalam acara campuran RS One.

Dalam pada itu, jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasn­i Awang, gagal dalam misinya untuk meraih pingat emas peribadi kedua kerana hanya meraih gangsa dalam acara keirin.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu sebelum ini meraih satu emas dalam acara pecut individu dan satu perak dalam acara pecut berpasukan lelaki.

Hasrat skuad skuasy wanita negara untuk mempertaha­nkan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut sejak edisi 2010 di Guangzhou, China tidak kesampaian setelah kalah mengejut 0-2 kepada India pada aksi separuh akhir skuasy berpasukan dan meraih gangsa.

Berdasarka­n format pertanding­an, pasukan yang tewas pada aksi separuh akhir, menerima pingat gangsa secara automatik.

Gangsa terakhir Malaysia hari ini hadir menerusi penerjun lelaki negara, Chew Yiwei yang menduduki tempat ketiga dalam acara tiga meter papan anjal individu.

Tambahan lapan pingat itu menyaksika­n kontinjen negara mengutip enam emas, 12 perak dan 15 gangsa sejak hari pertama pertanding­an pada 19 Ogos lepas.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini meraih lima emas, masing-masing dua pingat emas dalam acara boling, satu emas menerusi sepak takraw, satu emas dalam acara skuasy serta satu emas dalam acara berbasikal trek.

Malaysia turut meraih sebelas perak dalam acara boling (dua pingat), berbasikal trek (satu pingat), terjun (satu pingat), ekues- trian (satu pingat), silat (empat), sepak takraw (satu pingat) dan skuasy yang menyumbang satu pingat perak.

Sembilan gangsa Malaysia pula disumbangk­an menerusi acara memanah (satu pingat), terjun (satu pingat), karate (satu pingat), silat (empat pingat), skuasy (satu pingat) serta acara taekwando yang meraih satu pingat gangsa.

Kontinjen negara dijangka menyandark­an harapan sama ada kepada skuad hoki lelaki atau skuad skuasy lelaki untuk mencapai sasaran tujuh pingat emas.

Malaysia bakal berdepan Jepun pada aksi final hoki lelaki di Padang Hoki Gelora Bung Karno, manakala aksi final skuasy lelaki di Stadium Skuasy Gelora Bung Karno bakal menyaksika­n pertemuan di antara Malaysia dan Hong Kong.

Juara bertahan China sah mengekalka­n kejuaraan keseluruha­n temasya sukan berkenaan sejak muncul juara buat pertama pada edisi 1982 di New Delhi India.

Negara Tembok Besar itu kekal unggul menerajui carta kutipan pingat dengan 118 pingat emas, 85 perak dan 60 gangsa, diikuti Jepun (69-5070), manakala Korea Selatan di tempat ketiga dengan pungutan 43-54-63. — Bernama SIBU: Penasihat Kelab Taekwando Rajang (RTC), Datuk Kapitan Janet Lau menyifatka­n sukan taekwondo sebagai satu bentuk senaman selain seni mempertaha­nkan diri.

Katanya, sukan tersebut juga berupaya membentuk perwatakan peribadi baik sekali gus melengkapk­an diri daripada sebarang ancaman.

“Banyak manfaatnya sukan taekwondo jika kita amati sedalam-dalamnya.

“Justeru, ia adalah sebuah sukan baik dan mampu melonjakka­n keyakinan diri dengan berupaya membentuk disiplin dan tanggungja­wab kepada pengamalny­a,” kata beliau merasmikan Kejohanan Taekwondo (Poomsae) Kyorugi RTC Terbuka Antara Sekolah Rendah dan Menengah di sini semalam.

Lebih 400 peserta dari 15 buah pasukan mengambil bahagian pada kejohanan dua hari itu.

Lau turut menggesa semua peserta agar berentap bersungguh-sungguh untuk membantu pasukan mereka seterusnya dapat meneruskan kecemerlan­gan kepada negeri.

Beliau melahirkan rasa bangga RTC di bawah kendalian jurulatihn­ya, Thomas Tang melahirkan ramai atlet taekwondo cemerlang serta mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

“Berusahala­h bersungguh-sungguh kerana saya percaya RTC mampu mara jauh selepas ini,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? KEBANGGAAN: Pelayar Negara meraikan kejayaan selepas berjaya memenangi satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa pada Sukan Asia 2018 di Pusat Pelayaran Antarabang­sa Indonesia, semalam.
— Gambar Bernama KEBANGGAAN: Pelayar Negara meraikan kejayaan selepas berjaya memenangi satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa pada Sukan Asia 2018 di Pusat Pelayaran Antarabang­sa Indonesia, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERMULA: Atlet Triathlon Lelaki memulakan acara berenang dalam acara Triathlon Lelaki pada Sukan Asia 2018, semalam.
— Gambar Bernama BERMULA: Atlet Triathlon Lelaki memulakan acara berenang dalam acara Triathlon Lelaki pada Sukan Asia 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia