Utusan Borneo (Sarawak)

Masa depan Martial di Old Trafford terjejas

-

BURNLEY: Anthony Martial berdepan dengan penantian yang meresahkan untuk mengetahui sama ada dia masih ada masa depan di Manchester United (MU) di bawah pengurus tertekan Jose Mourinho apabila pasukannya berdepan dengan perlawanan yang amat penting di Burnley pada malam ini (Ahad). Martial menyaksika­n perhubunga­nnya dengan pengurus MU itu merosot sejak ejennya mengumumka­n penyerang Perancis itu mahu meninggalk­an Old Trafford untuk cuba menghidupk­an semula karier antarabang­sanya. Perkara itu mencapai tahap rendah sewaktu jelajah pramusim MU ke Amerika Syarikat apabila Martial kembali ke Eropah untuk kelahiran anaknya dan kemudian dilaporkan enggan menyertai semula pasukannya di Amerika. Kemelut itu menyebabka­n Martial didenda oleh kelab – kali pertama perkara seperti itu pernah berlaku dalam karier Mourinho, menurut pengurus itu sendiri – dan pembabitan­nya dalam permulaan MU kepada kempen Liga Perdana Inggeris yang sukar setakat adalah terhad.

Sebagai pemain simpanan yang tidak digunakan dalam kemenangan ke atas Leicester pada hari pembukaan, Martial memulakan perlawanan dalam kekalahan yang mengecewak­an di Brighton, hanya untuk digantikan selepas sejam, dan malah tidak dinamakan sebagai pemain simpanan untuk kekalahan kepada Tottenham di stadium sendiri pada Isnin lepas.

Namun sementara ia diteri- ma ramai bahawa Mourinho pasti bersedia untuk membenarka­n Martial meninggalk­an Old Trafford pada musim panas ini dengan harga yang betul, majikannya pula tidak sependapat dengannya.

Pemilik MU, selepas mereka membayar RM198 juta kepada Monaco untuk seorang pemain yang masih berusia 22 tahun, seakan-akan ingin sekali untuk mengekalka­n penyerang itu di kelab mereka dengan harapan dia dapat berkembang dan menemui semula prestasi yang dia pamerkan dalam permulaan yang cemerlang kepada kariernya bersama MU pada 2015.

Dengan matlamat itu, MU dilaporkan memulakan perbincang­an dengan Mar- tial pada minggu ini untuk mengikatny­a dengan kontrak jangka panjang yang baharu.

Martial mempunyai masa tidak sampai 12 bulan dalam kontraknya tetapi, seperti yang biasa diamalkan dengan kontrak MU, kelab itu dapat, dan akan, menggunaka­n pilihan yang melanjutka­n kontrak sehingga musim panas 2020 dan menghalang­nya daripada meninggalk­an kelab secara percuma.

Bagaimanap­un MU difahamkan sedang berbincang dengan wakil Martial mengenai lanjutan kontrak baharu selama lima tahun, satu perkembang­an yang masih dipersetuj­ui sepenuhnya oleh Mourinho, menurut laporan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia