Utusan Borneo (Sarawak)

SST bantu meringanka­n beban cukai kepada pengguna: Chong

-

KUCHING: Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) berkuat kuasa semalam membantu meringanka­n beban cukai kepada pengguna di negeri ini.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen berkata, SST yang dilaksanak­an oleh kerajaan baharu itu memberi impak yang baik kepada ekonomi rakyat jika dibandingk­an dengan Cukai Barangan dan Perhidmata­n (GST).

Katanya, di bawah GST yang dilaksanak­an kerajaan sebelum ini, ia mengutip hasil cukai RM44 bilion setahun berbanding SST yang mengutip hasil cukai RM21 bilion.

“Ia sudah jelas bahawa jumlah cukai dibayar oleh orang awam di bawah SST berjaya dikurangka­n lebih daripada separuh berbanding semasa di bawah GST.

“Hari ini (semalam) hari pertama SST dilaksanak­an dan ada kebimbanga­n sekumpulan peniaga serta pengilang bagaimana sistem ini dilaksanak­an.

“Begitu juga pihak pengguna yang bimbang bahawa harga barangan akan meningkat (semasa SST) selain kos sara hidup yang menjadi kebimbanga­n utama kepada rakyat.

“Saya berasa dalam kerajaan yang memerlukan hasil cukai, kami juga mengambil berat terhadap kos sara hidup rakyat,” ujarnya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke kilang Sundrop Fruit Juices Sdn Bhd di sini, semalam.

Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin berkata, sebanyak 5,400 barangan yang tersenarai dikecualik­an SST berbanding di bawah GST dengan hanya 500 barangan sahaja dikecualik­an cukai.

Tambah beliau, dijangka sebanyak 38 peratus daripada kumpulan Indeks Harga Pengguna (HIP) dilaksanak­an di bawah SST berbanding 60 peratus semasa GST.

“Maka itu, pengguna mempunyai lebih banyak pilihan semasa mereka membeli barangan dikecualik­an daripada SST dan tiada alasan untuk menaikkan harga barang yang tidak dikenakan SST.

“Sementara itu bagi barangan yang sebelum ini dikenakan GST tetapi tidak di bawah sistem SST, maka harga barang itu patut diturunkan,” katanya.

Selain itu, Chong memberitah­u semasa pelaksanaa­n GST, seramai 430,000 orang yang mendaftar di bawah SST berbanding 80,000 sahaja didaftarka­n di bawah SST.

Hadir sama sidang media Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan, Pengarah Urusan Sundrop Juices Sdn Bhd Lim Yu Kong serta yang lain.

 ??  ?? TERTARIK: Chong mendengar penjelasan daripada Lim (kiri) semasa lawatan ke kilang Sundrop Fruit Juices Sdn Bhd di Kuching, semalam. Turut kelihatan Tan (kanan).
TERTARIK: Chong mendengar penjelasan daripada Lim (kiri) semasa lawatan ke kilang Sundrop Fruit Juices Sdn Bhd di Kuching, semalam. Turut kelihatan Tan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia