Utusan Borneo (Sarawak)

FOKUS KEPADA PENDIDIKAN UNTUK KELUAR DARIPADA KEMISKINAN: NORINA

- Oleh Lina Kunjak

PERINTIS Projek Pensel yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti komuniti, Norina Umoi Utot teruja menerima jemputan penduduk Rumah Tanchin, Kampung Banting, Nasang Ili, sebuah kawasan pedalaman daerah kecil Lingga di Sri Aman, barubaru ini.

Kehadiran Norina dan yang lain disambut meriah oleh penduduk dan ketua masyarakat dari kawasan berdekatan, tidak ketinggala­n adat menyambut tetamu dengan ‘Ajat Ngelalu Temuai’ yang dipersemba­hkan bagi menghormat­i tetamu.

Antara lain kata Norina, kedatangan mereka bertujuan mendekati serta memahami persekitar­an kehidupan penduduk setempat selain mewujudkan kesefahama­n dan jalinan kerjasama antara satu sama lain.

“Sebelum ini, kedatangan kita kurang mendapat sambutan daripada penduduk di beberapa rumah panjang, namun kita tidak mudah mengalah kerana kita tahu, perjuangan kita ikhlas untuk semua.

“Ini juga penting untuk melestarik­an pembanguna­n yang telah kita rancang untuk kawasan Banting seperti mana telah dibincang bersama dengan beberapa pegawai dan kementeria­n persekutua­n sebelum ini di Kuala Lumpur dalam beberapa siri pertemuan tertutup.

“Semua sedia maklum, kita di sini merupakan komuniti yang hampir dilupakan, walaupun sambutan Pesta Benak diadakan setiap tahun, dan kita juga sangat maklum perihal pembanguna­n sangat perlahan, hampir tiada.

“Banting juga sebuah kawasan terasing dari seluruh pelosok negeri Sarawak dengan ketiadaan sebarang bentuk pembanguna­n termasuk jaringan jalai raya dan infrastruk­tur asas yang lain,” keluh Norina.

Oleh itu, Norina mengingatk­an penduduk di situ supaya fokus kepada pendidikan yang menjadi batu loncatan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan serta membuka minda untuk menerima sebarang perubahan, terutamany­a cara mereka berfikir.

“Melihat betapa ramai kita yang hadir hari ini, cukup untuk saya katakan bahawa angin perubahan mulai bertiup di sini, di minda penduduk.

“Ini suatu perubahan yang telah lama kita nantikan dan harapan saya semoga perubahan ini terus bertunas dan dirasai ke akar umbi,” kata Norina yang pernah menjadi ayam tambatan PKR Sri Aman sewaktu Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) dan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lepas.

Turut berlangsun­g semasa lawatan tersebut ialah majlis perasmian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Banting oleh Norina dan penyerahan borang keahlian daripada ahli baharu kepada Norina selaku Penyelaras PKR Sri Aman.

Pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk jamuan tradisi atau ‘Makai Serumpu’, ‘Randau Pemansang’, Program ‘Aram Bekelala’ iaitu suai kenal antara ahli bagi ranting parti yang baharu ditubuh, sukaneka kanakkanak dan banyak lagi.

Tuai Rumah Samion, Tuai Rumah Jacob, Tuai Rumah Bruin dan Tuai Rumah Baya, veteran politik, ahli parti lama dan baharu, ketua kaum dan ketua masyarakat serta penduduk sekitar antara yang hadir.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SANTUN BUDAYA: Kedatangan Norina disambut dengan adat budaya masyarakat Iban, Ajat Ngelalu Temuai oleh beliawanis Rumah Tanchin. (Gambar kiri)
SANTUN BUDAYA: Kedatangan Norina disambut dengan adat budaya masyarakat Iban, Ajat Ngelalu Temuai oleh beliawanis Rumah Tanchin. (Gambar kiri)
 ??  ?? JALAN UTAMA: Norina (duduk tengah) tekun mendengar penjelasan dari salah seorang penduduk semasa menuju ke rumah panjang Kampung Banting, Nasang Ili, baru-baru ini.
JALAN UTAMA: Norina (duduk tengah) tekun mendengar penjelasan dari salah seorang penduduk semasa menuju ke rumah panjang Kampung Banting, Nasang Ili, baru-baru ini.
 ??  ?? BANGGA: Norina menerima borang keahlian baharu daripada wakil PKR Ranting Banting yang baharu ditubuhkan.
BANGGA: Norina menerima borang keahlian baharu daripada wakil PKR Ranting Banting yang baharu ditubuhkan.
 ??  ?? TAMBAH AYU: Antara wajah asli gadis Iban yang menyambut kedatangan Norina (tengah) di rumah panjang mereka.
TAMBAH AYU: Antara wajah asli gadis Iban yang menyambut kedatangan Norina (tengah) di rumah panjang mereka.
 ??  ?? KENANGAN: Penduduk mengambil peluang merakam gambar untuk kenang-kenangan bersama Norina.
KENANGAN: Penduduk mengambil peluang merakam gambar untuk kenang-kenangan bersama Norina.
 ??  ?? KOMITMEN: Penduduk Rumah Tanchin meluangkan masa hadir pada majlis yang dihadiri Norina.
KOMITMEN: Penduduk Rumah Tanchin meluangkan masa hadir pada majlis yang dihadiri Norina.
 ??  ?? ZIARAH: Norina berkesempa­tan melawat sekitar rumah panjang dari pangkalan.
ZIARAH: Norina berkesempa­tan melawat sekitar rumah panjang dari pangkalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia