Utusan Borneo (Sarawak)

Enam filem terbaik Robert Redford

-

PELAKON legenda Hollywood, Robert Redford – yang menyatakan dia berhasrat untuk bersara daripada bidang lakonan – sudah melakukan segalanya: daripada watak utama yang romantik hingga kepada filem koboi dan membawa watak The Great Gatsby.

Bintang pujaan ramai berusia 81 tahun itu mungkin akan meneruskan kariernya yang mengagumka­n di belakang kamera tetapi zamannya di hadapan kamera kelihatan sudah berakhir.

Daripada kekasih Barbra Streisand dalam ‘The Way We Were’ hingga kepada koboi pembelot dalam ‘The Electric Horseman’ dan seorang pengembara berusia 70-an yang hanyut di laut dalam ‘All is Lost’, Redford membawa puluhan watak yang tidak dapat dilupakan.

Di bawah adalah lakonan-lakonan klasik yang menjadikan Redford seorang bintang klasik Amerika:

- BUTCH CASSIDY AND THE SUNDANCE KID (1969) -

“Jangan ajar saya bagaimana untuk merompak bank. Saya tahu bagaimana untuk merompak bank!”

Redford menyebut ungkapan penting itu sebagai The Sundance Kid kepada Paul Newman sebagai Butch Cassidy – pasangan itu membawa watak penjahat yang ramah dalam filem yang mungkin datuk kepada semua filem kawan.

Diburu oleh satu kumpulan, ketua-ketua yang tampan, bijak dan tangkas dengan pistol bagi geng ‘Hole-in-the-Wall’ itu lari ke Bolivia, di mana gelagat mereka yang menyalahi undang-undang pada akhirnya ternyata menyebabka­n kematian mereka.

Lawak petah tidak disenangi pengkritik tetapi filem koboi yang hippi itu amat popular sekali di kalangan penonton filem dan ia menjadikan Redford seorang bintang yang lumayan. - THE STING (1973) -

Redford dan Newman bersatu semula, kali ini sebagai penipu di Chicago pada zaman 1930an di mana mereka cuba membalas dendam ke atas seorang samseng besar dengan merancang satu penipuan yang bercita-cita tinggi.

Redford menbawa watak seorang ‘grifter’ menawan namun mentah dalam sebuah filem blockbuste­r.

Lakonannya yang tidak dapat dilupakan sebagai Johnny Hooker adalah optimis dan boleh dipercayai apabila dia cuba menjayakan penipuan besar itu, dan ia membawa kepada satusatuny­a pencalonan Oscar bagi pelakon terbaik dalam kariernya. Dia tewas kepada Jack Lemmon, tetapi filem jenayah itu memenangi tujuh Anugerah Akademi lain, termasuk filem terbaik. - THE GREAT GATSBY (1974) -

Adaptasi Francis Ford Coppola bagi novel berwibawa tulisan F. Scott Fitzgerald pada 1925 ini bertujuan untuk mengukuhka­n watak Redford sebagai pelakon utama dalam drama romantik Hollywood. Filem itu menerima reviu yang bercampur-campur namun ia berjaya dari segi kewangan.

Dia membawa watak Jay Gatsby yang penuh misteri dan rendah akhlak di samping Daisy Buchanan lakonan Mia Farrow. Keserasian di antara mereka sedikit sahaja, dan Redford menerima kritikan kerana terlalu membosanka­n dalam watak yanng menurut pengkritik sepatutnya dapat dikuasainy­a.

Walau bagaimanap­un, filem itu memenangi dua anugerah Oscar bagi reka bentuk kostum dan skor asal terbaik.

- ALL THE PRESIDENT’S MEN (1976) -

Redford bangkit sepenuhnya dalam lakonan menakjubka­n pada zaman pemerintah­an seorang presiden dalam kemelut.

Dia membawa peranan Bob Woodward manakala Dustin Hoffman berlakon sebagai Carl Bernstein dalam adaptasi buku wartawan Washington Post tentang bagaimana keduadua mereka membongkar Watergate, yang ternyata skandal politik terbesar pada abad ke-20.

Ramai pengkritik menunjuk kepada klasik ini sebagai salah satu watak Redford yang paling penting. Walau bagaimanap­un ia bukan kali pertama dia melibatkan diri dalam politik.

Lakonan satiranya sebagai seorang calon Senat AS yang malang dalam ‘The Candidate’ pada 1972 menimbulka­n tanda tanya, dan Redford pernah menimbang untuk bertanding bagi Senat pada tahun 1970-an. - THE NATURAL (1984) -

Redford muncul sebagai seorang bintang sukan dalam cerita wira klasik ini tentang seorang bintang besbol yang sedang meningkat naik, dan minatnya yang mendalam sepanjang hayat terhadap sukan itu membantuny­a mengatasi tragedi dan melancarka­n kebangkita­n yang menakjubka­n.

Filem berbajet besar itu kadang-kadang terlalu manja, tetapi Redford menyinar dalam adegannya dalam stadium.

Sementara penamat Hollywood yang menceriaka­n itu – larian ‘home run’ oleh Redford untuk memenangi panji memberikan pelakon itu status yang hampir bersifat mitos – adalah sesuatu di dalam mimpi, novel penulis Bernard Malamud yang menjadi bahan sumber bagi filem itu mempunyai penamat yang jauh lebih gelap: pemukul itu gagal melakukan pukulan. - OUT OF AFRICA (1985) -

Redford berlakon sebagai pemburu/ pengembara yang tidak dapat dijinakkan dan bongkak, Denys Finch Hatton, yang terbabit dalam hubungan sulit yang hangat dan ditakdirka­n malang dengan wanita bangsawan yang memiliki ladang, Karen Blixen (Meryl Streep).

Filem itu, yang mendapat ilham daripada tulisan Isak Dinesen dari Denmark, merupakan satu persembaha­n sinematik yang menyeluruh, dan memenangi tujuh anugerah Oscar termasuk filem terbaik.

Redford dan Streep membawa watak dengan semangat bebas dan degil yang bersaing dengan Afrika yang sedang berubah dan kehidupan peribadi Blixen yang semakin larut.

Apabila watak Streep bertanya kepada Redford apa yang salah dengan perkahwina­n, jawapannya ternyata menyayat hati: “Pernahkah anda melihat perkahwina­n yang anda kagumi?” — AFP

 ??  ?? ROBERT REDFORD
ROBERT REDFORD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia