Utusan Borneo (Sarawak)

Limau bali tarikan lain di Changlun

-

CHANGLUN: Sebut sahaja Kedah pasti ramai yang membayangk­an kehijauan sawah padi negeri Jelapang Padi itu yang terbentang luas, bagaimanap­un kini terdapat tarikan lain buat pengunjung negeri itu.

Kira- kira 12 kilometer dari sempadan negara, terdapat sederet 10 gerai buah limau bali yang kebiasaann­ya diketahui banyak terdapat di Perak, kini dijual di Kampung Padang Halban, Changlun.

Gerai-gerai yang terletak di tepi Lebuh Raya Utara Selatan menghala Alor Setar dari Bukit Kayu Hitam itu sering menjadi tumpuan pelancong sama ada tempatan atau luar negara terutamany­a dari Thailand.

Seorang peniaga, Mariani Saaad, 50, yang menjual limau bali di kawasan itu sejak 22 tahun lepas berkata ramai pelancong tidak menjangka bahawa buah itu turut terdapat di negeri ini.

“Biasanya kita dengar buah ini banyak dijual di Perak kan, jadi pelancong atau ibu bapa pelajar di insititut pengajian kalau depa (mereka) mai (datang) sini biasanya pelik juga sebab kita jual, tapi memang kita dapat bekalan tempatan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam.

Beilau berkata permintaan akan lebih meningkat sewaktu musim cuti sekolah apabila ramai pelancong tempatan yang berkunjung ke Thailand balik melalui jalan itu dan singgah membeli limau bali yang terdapat di situ, iaitu jenis Kedangsa, Bali Bulu dan Bali Minyak.

Seorang lagi peniaga Faridah Sulaiman, 60, yang sudah berniaga selama 30 tahun di situ berkata, menerusi program 1 Kampung 1 Projek (1K1P), beberapa petani di Changlun dan Kuala Nerang menanam limau bali sebagai tanaman utama memandangk­an permintaan­nya juga agak baik.

“Cuma kadang- kadang kalau bekalan terputus kita akan dapatkan juga dari Siam (Thailand), sebab itu buah itu dijual di sini sepanjang tahun,” katanya yang menjual limau bali pada harga RM5 hingga RM10 sebiji, mengikut saiz dan jenis. — Bernama PELABUHAN KLANG: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melawat kapal layar mewah penuh kontrovers­i, Equanimity, yang berlabuh di Boustead Cruise Centre di sini.

Kapal layar itu, dianggarka­n bernilai RM1 billion, dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunaka­n dana daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad ( 1MDB), yang masih dalam siasatan.

Dr Mahathir diiringi oleh Menteri Kewangan , Lim Guan Eng, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Kapal layar itu, yang dipercayai ada hubung kait dengan seorang ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, tiba di Malaysia pada 7 Ogos selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia