Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka merupakan antara yang terkorban ketika menentang pemberonta­k di Limbang pada 8 hingga 12 Disember 1962

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Tugu peringatan dan empat pusara polis Sarawak yang terkorban ketika menentang pemberonta­k di Limbang pada 8 hingga 12 Disember 1962 akan ditambah baik untuk memperinga­ti sejarah pengorbana­n pejuang negara.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, satu perbincang­an akan diadakan dengan Pejabat Residen Limbang dan Majlis Daerah Limbang (MDL) bagi mencari jalan untuk menambah baik pusara pejuang yang dikebumika­n di Limbang serta tugu pahlawan yang menjadi kunjungan anggota keselamata­n dari luar negara setiap tahun.

“Kita mengambil maklum mengenai cadangan untuk menambah baik tugu pahlawan dan pusara empat polis Sarawak yang terkorban ketika menentang pemberonta­k di Limbang pada 1962 dengan mengadakan perbincang­an bersama Pejabat Residen dan MDL,” ujarnya ketika ditemui media selepas Sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak, Bahagian Limbang 2018 di Persatuan Melayu Limbang (PML) semalam.

Turut hadir ialah Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan ketua-ketua jabatan kerajaan lain.

Tanggal 8 hingga 12 Dis- ember 1962 menjadi titik bersejarah bukan sahaja kepada lebih 40,000 penduduk Limbang, tetapi juga seluruh rakyat negeri ini apabila empat polis Sarawak dan 42 komando Royal British Marine terkorban dalam satu pemberonta­kan yang berlaku pada tarikh keramat itu.

Empat polis Sarawak yang terkorban ialah Kim Huat, Bujang Mohamed, Insoll Chundang dan Wan Jamaluddin Tuanku Alen.

Bagi mengingati pejuang negara itu, nama mereka turut terpahat kukuh pada satu tugu peringatan yang dibina pada 1963 berdepan Balai Polis Pusat Limbang.

Sementara itu, ADUN Bukit Kota itu berkata suasana bagi merai sambutan kemerdekaa­n pada 31 Ogos ini nanti masih hambar kerana kurangnya kibaran Jalur Gemilang dan bendera Sarawak di daerah ini.

Beliau mahu semua pihak agar bersama- sama mengibarka­n Jalur Gemilang di setiap premis kerajaan, bangunan kedai, rumah panjang dan kampung-kampung dalam meyemarakk­an semangat kemerdekaa­n yang amat penting sekali gus mengenang pengorbana­n pejuang negara demi mempertaha­nkan tanah air tercinta.

 ??  ?? SEMARAK MERDEKA: (Dari tiga kiri) Denney dan Dr Abdul Rahman memegang bendera Sarawak merakamkan kenangan bersama ketua-ketua jabatan pada majlis tersebut.
SEMARAK MERDEKA: (Dari tiga kiri) Denney dan Dr Abdul Rahman memegang bendera Sarawak merakamkan kenangan bersama ketua-ketua jabatan pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia