Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha DBN Amen dokumentas­i kan tanah NCR disokong

Ia akan mempercepa­tkan proses pemberian surat hak milik tanah serta pelengkap kepada usaha JTS, kata Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan dan menyokong usaha Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh ( DBNA) untuk men dokumentas­i kan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia bagi mempercepa­tkan proses pemberian surat hak milik serta sebagai pelengkap kepada usaha Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

“Jika ada masyarakat kita mahu mendapatka­n hak tanah mereka, mahu menyukat tanah mereka atau mendapatka­n hak milik berdasarka­n adat, kita berikan.

“Seperti yang dinyatakan oleh Menteri ( Dato Sri Michael Manyin) tadi terdapat kelewatan dalam penyukatan, sama ada disebabkan oleh pasukan tidak cukup atau kewangan tidak cukup maka saya akan beri peruntukan asalkan surat hak milik diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Simposium Kebudayaan Bidayuh 2018 anjuran Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) yang dihadiri Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi merangkap Ketua Penasihat DBNA, Dato Sri Michael Manyin Jawong di DBNA di sini, semalam.

Abang Johari berkata, jika tanah berkenaan tiada masalah berkaitan pertindiha­n maka ia tiadk masalah untuk disukat atau didokumen-tasikan bagi tujuan pemberian surat hak milik.

Katanya, selepas ini satu lagi mesyuarat khas akan diadakan untuk membincang­kan isu berkenaan dalam masa terdekat.

Kerajaan negeri katanya amat mengambil berat mengenai perihal tanah hak milik kepada semua kaum di negeri ini, bagi membolehka­n mereka mendapat hak sepa- tutnya.

“Jika tanah berkenaan dibuktikan bahawa ia telah digunakan dalam perimeter yang sewajarnya maka ia boleh diberikan hak kepada mereka.

“Selepas mendapat surat hak milik, ia terpulang kepada pemilik sama ada mahu membangunk­an tanah dengan tanaman, tujuan ekonomi atau menjualnya,” katanya sambil berkata asalkan tanah berkenaan dijual kepada peribumi sahaja.

Mengenai isu lain, Abang Johari memberi jaminan tidak akan berkomprom­i dengan perkara berkaitan tanah selain sumber minyak dan gas negeri ini, yang merupakan hak Sarawak.

Menurutnya, beliau akan terus mempertaha­nkan hak Sarawak dalam perkara berkenaan meskipun ia dibawa ke mahkamah sekalipun.

“Jika mereka mahu mem- bawaperkar­ainikeMahk­amah Tinggi kita akan terus melawan kerana kita mesti melindungi hak kita seperti mana dalam Perlembaga­an Sarawak dan Perlembaga­an Malaysia serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Beliau menegaskan Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958 sudah wujud sebelum Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) pada tahun 1974.

“Disebabkan OMO sudah ada pada tahun 1958 dan PDA tidak boleh mengatasi OMO. PDA mungkin berkaitan dengan mereka tetapi tidak berkaitan dengan Sarawak,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah We Inn, Ahli Parlimen Mambong Willie Mongin, Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol dan Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak Dato Peter Minos.

Jika ada masyarakat kita mahu mendapatka­n hak tanah mereka, mahu menyukat tanah mereka atau mendapatka­n hak milik berdasarka­n adat,

berikan. ” kita Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Manyin (empat kanan) sebagai penghargaa­n semasa majlis. Turut disaksikan Sagah (tiga kanan), Willie (kiri), Mordi (kanan), Minos (dua kanan) dan yang lain.
TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Manyin (empat kanan) sebagai penghargaa­n semasa majlis. Turut disaksikan Sagah (tiga kanan), Willie (kiri), Mordi (kanan), Minos (dua kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia