Utusan Borneo (Sarawak)

Anjur majlis Kolokium serta Pelancaran Buku Koleksi Artikel Kolokium Penyelidik­an

-

ZURICH Malaysia, dengan bantuan 798 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 11 (2) dan SMK Agama Putrajaya, kelmarin berjaya memecah rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori pembuat sandwic teramai dalam satu acara.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Life Insurance Malaysia Bhd Philip Smith berkata, acara itu diadakan bersempena dengan Minggu Komuniti Zurich dan selaras dengan komitmen Zurich Malaysia kearah kesejahter­aan anak-anak melalui inisiatif menggalakk­an tabiat pemakanan sihat dan gaya hidup aktif.

“Pekerja Zurich di seluruh dunia diberi peluang membuat perubahan dan memperbaik­i kehidupan masyarakat setempat.

“Bagi Zurich Malaysia, kami menyalurka­n usaha komuniti untuk mempromosi­kan kesejahter­aan melalui inisiatif dan program melibatkan peningkata­n pengetahua­n tentang tabiat makan yang sihat,” katanya kepada media pada acara tersebut di Putrajaya, kelmarin.

Sesi menyiapkan sandwic oleh para pelajar diselia oleh 150 pekerja Zurich Malaysia, 100 guru dan cef selebriti Anis Nabilah yang berkongsi tips masakan dan nasihat pemakanan.

Dalam masa 45 minit, lebih 8,000 pek sandwic telur berjaya disiapkan dan segera dibungkus untuk mengekalka­n kesegarann­ya.

Sandwic tersebut dihantar kepada 10 kategori penerima termasuk pertubuhan bukan kerajaan Soup Kitchen, rumah-rumah anak yatim, orang ramai di Projek Perumahan Rakyat dan komuniti SATU majlis Kolokium serta Pelancaran Buku Koleksi Artikel Kolokium Penyelidik­an Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa telah diadakan dengan penyertaan 124 tenaga pengajar di dewan sekolah itu di Kuching, 4 Ogos lalu.

Pada kolokium tersebut empat guru dari SMK Batu Kawa telah membentang­kan kajian berdasarka­n subjek masing-masing.

Pembentang­an pertama disampaika­n oleh Ong San San dengan tajuk ‘Keberkesan­an Kaedah Melukis Puisi Dalam Meningkatk­an Kefahaman dan Penghayata­n Puisi Klasik dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Dua’.

Sementara, Abert Achilles Nunong dan Christina Tan masing-masing membentang­kan kaijan tentang ‘Nuturing Listening Strategies In MUET Classroom More Practice Less Orang Asli di Selangor.

Rekod baharu, yang dicipta mengatasi jumlah 503 kanak- kanak sebelum ini, disampaika­n oleh Pengarah Pembanguna­n Perniagaan Malaysia Book of Records Gillian Ooi yang menyaksi dan mengesahka­n kejayaan tersebut. — Bernama Testing: An Action Research’ dan ‘Penggunaan Protraktor Peratus Untuk Meningkatk­an Kemahiran Melukis Carta Pai Bahagian Alih Bentuk Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6’.

Pembentang­an yang terakhir pada kolokium tersebut disampaika­n oleh Wong Siew Kiong dengan tajuk ‘Xenter – Satu Kaedah untuk Meningkatk­an Kemahiran Pelajar Mencari Pusat Putaran Diberi Objek dan Imej’.

Pengerusi majlis kolokium merangkap ketua penyunting buku baharu (Koleksi Artikel Kolokium Penyelidik­an SMK Batu Kawa Jilid 1) Neo Hui Kiam berkata, tujuan mengadakan kolokium ialah untuk menyediaka­n platform bagi guru-guru sekolah bekongsi ilmu dan pengalaman tentang intervensi kaedah pengajaran dan pembelajar­an.

“Ia juga diadakan den- gan harapan untuk menimbulka­n minat guru-guru dalam menjalanka­n kajian tindakan dengan harapan pengajaran dan pembelajar­an guru dalam kelas semakin berkesan dan meningkatk­an prestasi akademik sekolah umumnya,” katanya dalam satu kenyataan media barubaru ini.

Neo yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM) SMK Batu Kawa mengucapka­n terima kasih kepada Jawatankus­a Kolokium IV dan Ahli Jawatankua­sa Penerbitan Buku Koleksi Artikel Kolokium Penyelidik­an SMK Batu Kawa atas usaha gigih mereka menjayakan majlis tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada para pembentang dan moderator kolokium kerana menjalanka­n tugas dengan baik selain memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Sementara itu, Pengetua SMK Batu Kawa Joseph Ng Shan Tsing dalam ucapannya menggesa semua guru di sekolah terbabit untuk melibatkan diri dalam kajian tindakan demi meningkatk­an prestasi akademik pelajar sekolah.

“Saya harap guru di sini, akan sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran pengajaran harian dan menganggap majlis kolokium ini sebagai satu program untuk melapangka­n minda dan mengurangk­an stres,” katanya.

Menurutnya lagi, kolokium tersebut adalah kolokium kelima bagi SMK Batu Kawa yang dianggap sebagai satu aktiviti latihan dalaman sejajar dengan dasar Kementeria­n Pendidikan Malaysia yang sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti insan modal dalam bidang pendidikan.

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGIKTIRA­FAN: Philip menerima sijil pengiktira­fan dari pihak The Malaysia Book of Records dalam majlis ‘Bilangan Kanak-kanak Terbanyak Membuat Sandwich’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Precint 11 (2)di Putrajaya.
— Gambar Bernama PENGIKTIRA­FAN: Philip menerima sijil pengiktira­fan dari pihak The Malaysia Book of Records dalam majlis ‘Bilangan Kanak-kanak Terbanyak Membuat Sandwich’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Precint 11 (2)di Putrajaya.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIJAYAKAN: Seramai 798 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Precint 11 (2) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya menjayakan majlis ‘Bilangan Kanak-kanak Terbanyak Membuat Sandwich’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Precint 11 (2) di Putrajaya.
— Gambar Bernama DIJAYAKAN: Seramai 798 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Precint 11 (2) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya menjayakan majlis ‘Bilangan Kanak-kanak Terbanyak Membuat Sandwich’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Precint 11 (2) di Putrajaya.
 ??  ?? DILANCAR: Joseph melancarka­n Buku Koleksi Artikel Kolokium Penyelidik­an SMK Batu Kawa sambil disaksikan oleh pasukan pentadbira­n sekolah SMK Batu Kawa di Kuching pada 4 Ogos lalu.
DILANCAR: Joseph melancarka­n Buku Koleksi Artikel Kolokium Penyelidik­an SMK Batu Kawa sambil disaksikan oleh pasukan pentadbira­n sekolah SMK Batu Kawa di Kuching pada 4 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia