Utusan Borneo (Sarawak)

K-League kembali memeriahka­n arena bola sepak pada 18 Ogos

-

KUCHING: Temasya berprestij, K-League kembali memeriahka­n arena bola sepak Bandar raya Kuching dengan edisi 2018 bakal disingkap tirainya secara rasmi pada 18 Ogos ini.

Bagi saingan tahun ini, enam pasukan mengesahka­n penyertaan iaitu Axis FC, Rzurf Excellent, UiTM Sarawak FC, KSK Satok, SSN Sarawak @ SMK Tabuan Jaya dan Enraz FC.

Menurut Pengerusi Mesyuarat, Hamzah Puini liga kali diadakan secara timbal balik menggunaka­n dua padang iaitu Stadium Sarawak, Petra Jaya dan Padang D, Petra Jaya.

“Semua perlawanan akan berlangsun­g pada Sabtu dan Ahad sahaja. Pada edisi kali ini, setiap pasukan bertanding dibenarkan mendaftar dua pemain bertanding dalam mana-mana kejohanan Liga Malaysia.

“Selain itu, penganjur mewajibkan tiga pemain bawah 21 tahun beraksi dalam setiap perlawanan,” katanya pada taklimat pengurus pasukan- pasukan di sini kelmarin.

Menurutnya, keenam-enam pasukan terbabit layak untuk bertanding pada saingan Piala Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg ( Piala Abg Jo) diadakan sebaik liga berakhir.

Bagi menjadikan­nya lebih menarik, Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching ( KDFA) selaku penganjur juga menjemput dua pasukan luar menjadikan lapan pasukan berentap merebut piala buruan.

Juara K- League akan menerima wang tunai RM7,000 berserta piala pusingan dan pingat. Naib juara menerima hadiah RM5,000 dan pingat manakala tempat ketiga menerima RM3,000 termasuk pingat.

Pasukan yang merangkul anugerah ‘ Fair Play’ akan menerima wang tunai RM1,000 dan piala.

Bagi Piala Abg Jo, juara menerima wang tunai RM5,000, piala pusingan dan pingat, naib juara menerima RM3,000, piala dan pingat manakala tempat ketiga bersama menerima RM1,000 dan pingat.

Perlawanan pembukaan pada 18 Ogos mempertemu Axis FC dan Rzurf Excellent di Stadium Sarawak manakala di Padang D, UiTM Sarawak FC menentang KSK Satok dengan kedua- dua perlawanan bermula jam 4.15 petang.

Manakala pada Ahad, SSN Sarawak dijadualka­n menentang Enraz FC di Stadium Sarawak, jam 4.15 petang.

 ??  ?? TAKLIMAT: Hamzah (duduk tengah) bersama jawatankus­a penganjur K-League dan pengurus pasukan pada majlis taklimat kelmarin.
TAKLIMAT: Hamzah (duduk tengah) bersama jawatankus­a penganjur K-League dan pengurus pasukan pada majlis taklimat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia