Utusan Borneo (Sarawak)

Kes HFMD tunjuk trend menurun

-

PUTRAJAYA: Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara menunjukka­n trend menurun sejak tiga hari lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, sebanyak 710 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara kelmarin, melibatkan penutupan tiga buah taska, 10 buah tadika/ prasekolah dan beberapa kelas di lima sekolah seluruh negara.

“Diharapkan (kes HFMD) akan terus menurun mengikut telahan pakar- pakar yang memerhatik­an kes HFMD ini yang telah pun meragut dua nyawa setakat ini,” katanya pada sesi ‘town hall’ bagi HFMD, di sini semalam.

Dr Dzulkefly berkata secara keseluruha­nnya, sebanyak 47,880 kes telah direkodkan sejak 1 Jan hingga 9 Ogos lepas, melibatkan penutupan sebanyak 701 premis.

Bagaimanap­un, katanya kes HFMD ketika ini berbeza dengan kali terakhir wabak itu menular di negara ini pada tahun 1990-an, yang menyebabka­n 30 kematian pada ketika itu.

Dr Dzulkefly berkata walaupun wabak itu menunjukka­n trend menurun, Kementeria­n Kesihatan terus giat menjalanka­n sesi ‘town hall’ bagi mempromosi­kan amalan langkah pencegahan penyakit HFMD kepada pengusaha dan guru taska, tadika dan prasekolah.

“Dua kematian ( akibat HFMD) adalah satu peringatan supaya kita tidak ambil mudah wabak ini,” katanya.

Sejak 29 Julai lepas, Dr Dzulkefly berkata sebanyak 633 sesi ‘ town hall’ telah dilaksanak­an dengan keha- diran pengusaha dan guru dari 6,714 taska, tadika dan prasekolah di seluruh negara iaitu liputan sebanyak 25.6 peratus.

Sejak awal tahun ini, katanya kementeria­n turut melaksanak­an sebanyak 116,288 promosi pendidikan kesihatan secara bersemuka melalui taklimat, edaran risalah, poster dan pameran serta hebahan media sosial. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Dr Dzulkefly berucap pada Majlis Perasmian Program Pengukuhan Aktiviti Pencegahan dan Promosi Kesihatan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) untuk guru taska, tadika, tabika dan pra sekolah di Dewan Perdana Nur Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Dr Dzulkefly berucap pada Majlis Perasmian Program Pengukuhan Aktiviti Pencegahan dan Promosi Kesihatan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) untuk guru taska, tadika, tabika dan pra sekolah di Dewan Perdana Nur Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia