Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 100 kaki pancing sertai Safari Memancing Tanjung Manis 2018

-

KUCHING: Lebih 100 kaki pancing dari seluruh Sarawak menyertai Safari Memancing Tanjung Manis 2018 sempena ulang tahun ke-45 Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

Safari menancing itu memasuki edisi ke-15 penganjura­nnya dan merupakan acara tahunan dalam kalendar aktiviti PUSAKA bermula semalam hingga 12 Ogos ini di Tanjung Manis.

Acara ini bagi mempromosi­kan Tanjung Manis kepada orang ramai supaya mengetahui perkembang­an dan pembanguna­n terkini yang dilaksanak­an di kawasan tersebut.

Majlis perasmian acara itu dihadiri Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abd Wahab dan Pemangku Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet.

PUSAKA merupakan agensi yang diberi kepercayaa­n oleh kerajaan negeri bagi pembanguna­n prasarana yang diperlukan di Tanjung Manis.

Sementara itu, Yusuf berharap media asing dapat bersama-sama membuat liputan acara tersebut dalam usaha mempromosi­kan Tanjung Manis di mata dunia.

“Ini akan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang perkembang­an terkini aktiviti ekonomi yang dijalankan di sini serta peluang perniagaan dan pembanguna­n baharu yang bakal dilaksanak­an,” katanya.

Manakala Hashim memberitah­u, Safari Memancing Tanjung Manis merupakan platform yang dapat menggalakk­an aktiviti ekopelanco­ngan di kawasan tersebut.

Katanya, dengan aktiviti memancing dan inap desa selain maklumat berkaitan perniagaan yang disediakan, ia mampu menjadi antara penyumbang kepada industri ekopelanco­ngan di sini.

Justeru, beliau mempelawa orang ramai untuk tampil memeriahka­n Safari Memancing Tanjung Manis 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia