Utusan Borneo (Sarawak)

BTN harus dimansuh serta-merta, kata Lo

-

KUCHING: Biro Tata Negara ( BTN) yang menjadi kontrovers­i sebelum ini tidak sepatutnya diperhalus­i atau dijenamaka­n semula, tetapi dimansuhka­n sertamerta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, itu adalah janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya mereka dan harus ditunaikan.

“Pakatan Harapan berbangga untuk menyampaik­an janji-janjinya dalam tempoh 100 hari selepas memenangi pilihan raya.

“Kini 100 hari sudah habis. Manifesto PH yang membuat orang rasa seronok sudah mula berbau kerana tidak ada satu pun janji mereka dalam pilihan raya sudah ditunaikan.

“Satu per satu, janji pilihan raya diketepika­n dengan alasan yang lemah daripada PH,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Farid Md Rafik berkata, modul BTN akan ‘diperhalus­i’ dan ‘dijenamaka­n semula.’

Lo berkata, sehubungan itu beliau ingin mengetahui sejauh mana pendirian PH Sarawak dalam perkara berkenaan. Beliau berkata, BTN adalah antipelbag­ai kaum dan agama dan sebagai rakyat Sarawak, ia tidak sesuai untuk gaya hidup yang harmoni dinikmati di sini.

“Dengan begitu banyak janji yang dibuat oleh PH yang masih belum dipenuhi, saya bimbang BTN tidak akan dimansuhka­n seperti yang dijanjikan oleh PH.

“Penerusan BTN juga membazirka­n wang pembayar cukai terutama ketika PH mendakwa Malaysia dibebani dengan hutang besar.

“Jadi mengapa membazirka­n wang ke atas sesuatu yang sama sekali tidak berguna untuk rakyat Malaysia?” tegasnya.

Lo memberitah­u, beliau bersetuju dengan penggubal undang- undang DAP RSN Rayer (Jelutong) dan Kasthurira­ani Patto ( Batu Kawan) yang mengatakan pemansuhan BTN adalah antara janji-janji yang dibuat PH semasa pilihan raya umum lalu.

Katanya, mereka juga mendakwa bahawa tidak ada keperluan bagi agensi untuk mendidik kakitangan awam mencintai negara mereka

“Saya berharap PH akan menunaikan janji yang telah dibuat kepada rakyat dan bukan hanya menggunaka­n janji- janji ini sebagai cara meraih sokongan,” kata Lo.

 ??  ?? LO
LO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia