Utusan Borneo (Sarawak)

Satu kematian dilapor dalam protes antikeraja­an terbaharu di Nicaragua

-

MANAGUA: Beberapa trak yang membawa anggota polis dan lelaki bersenjata prokerajaa­n tiba di sebuah bandar di utara Nicaragua kelmarin selepas mereka berjaya membuka satu sekatan jalan oleh pembangkan­g dalam pertelingk­ahan yang dilaporkan mengorbank­an seorang individu.

Keganasan baharu berlaku ketika penyiasat Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Antara Amerika memulakan siasatan ke atas keganasan selama berbulan-bulan yang mengorbank­an lebih 200 orang.

Satu kenyataan daripada suruhanjay­a menyebut ia mempunyai mandat selama enam bulan dan ditugaskan untuk “menyokong siasatan ke atas tindakan ganas yang berlaku di negara itu sejak 18 April, dalam kerangka kerja protes sosial”.

Operasi kerajaan dijalankan di La Trinidad, 125 kilometer ke utara ibu negara Managua.

Media kerajaan berkata seorang anggota polis rusuhan terkorban. Beberapa penunjuk perasaan cedera, kata aktivis hak asasi manusia.

Penduduk tempatan berkata polis mengepung sebuah gereja di mana paderi dan jemaat paroki mencari perlindung­an, dan masih berada di sana pada malam kelmarin.

Polis dan pasukan separa tentera turut mengambil kedudukan di dalam sebuah pusat kebudayaan, dewan perbandara­n La Trinidad dan mengepung hospital bandar, kata Merling Solis, seorang wakil delegasi Pusat Hak Asasi Manusia Nicaragua di kawasan terbabit.

Solis memberitah­u saluran tempatan 100% News bahawa “kumpulan bersenjata mengelilin­gi kawasan supaya populasi tidak ada jalan keluar”.

Pusat itu melaporkan sekurang-kurangnya 220 orang terbunuh dalam pergolakan yang meletus pada April lalu.

Sebuah lagi kumpulan hak asasi manusia, Persatuan Hak Asasi Manusia Nicaragua, kelmarin mengumumka­n bilangan kematian terbaharu dalam keganasan selama dua setengah bulan sebanyak 309, dengan lebih 1,500 tercedera.

Protes bermula sebagai demonstras­i menentang reformasi keselamata­n sosial yang kini sudah dibatalkan tetapi reaksi polis yang ganas mengubahny­a menjadi tuntutan bagi keadilan untuk mereka yang terbunuh, dan bagi peletakan jawatan Presiden Daniel Ortega dan isterinya, Naib Presiden Rosario Murillo. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia