Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan penghabisa­n stok di Siong How sehingga Ahad

-

KUCHING: Siong How Electrical & Electronic Sdn Bhd (Siong How) kini mengadakan Jualan Penghabisa­n Stok Gudang Pertengaha­n Tahun di ibu pejabatnya di Jalan Perdana, Pending, sehingga 8 Julai ini (Ahad).

Jualan selama empat hari bermula hari ini dari jam 9 pagi hingga 6 petang, menawarkan pelbagai produk elektrik daripada jenama tempatan dan antarabang­sa seperti Panasonic, Samsung, LG, Sharp, Hitachi, Toshiba, Beko, Electrolux, Philips, Milux, Midea, Rinnai, KDK, Joven, Alpha, Beko, Khind, Pensonic dan Zenne yang masing-masing ditandakan dengan diskaun menarik sehingga 50 peratus.

Selain itu, hadiah turut akan diberikan kepada pelanggan seperti pendakap televisyen percuma untuk mereka yang membeli televisyen semasa jualan penghabisa­n stok itu.

Sementara itu, jenama elektrik terkenal iaitu Philips juga akan mengadakan jerayawara semasa jualan penghabisa­n stok itu berlangsun­g di mana terdapat demonstras­i produk seperti Air Fryer, Pressure Cooker, Bread Maker dan Noodle Maker. Pelanggan yang membeli produk Philips akan menikmati tawaran istimewa serta layak mendapat hadiah tambahan secara percuma.

Siong How menerima bayaran menggunaka­n kad kredit utama dengan kadar faedah sifar peratus dan pembayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Antara kaedah pembayaran lain yang tersedia di sini (Siong How) termasuk skim pembayaran mudah AEON kadar faedah yang rendah, kelulusan cepat dan tidak memerlukan penjamin.

Untuk maklumat lanjut, sila layari lam web www.sionghow.com.my atau hubungi 082-333941 atau 082-344941.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PROMOSI: Jualan Penghabisa­n Stok Gudang Pertengaha­n Tahun Siong How diadakan di ibu pejabat di Jalan Perdana, Pending.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PROMOSI: Jualan Penghabisa­n Stok Gudang Pertengaha­n Tahun Siong How diadakan di ibu pejabat di Jalan Perdana, Pending.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia