Utusan Borneo (Sarawak)

Lesen memandu program SKSJ dihentikan serta-merta Program tidak menekankan sepenuhnya proses belajar memandu

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pengangkut­an memutuskan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang bertujuan membantu masyarakat luar bandar memiliki Lesen Memandu Percubaan (P) motosikal kelas B2 dihentikan serta-merta.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya membuat keputusan itu kerana mendapati program berkenaan tidak menekankan sepenuhnya proses pembelajar­an, latihan mahupun ujian memandu yang ketat.

“Tidak perlu pergi institut memandu, tidak perlu pergi kursus dan hanya berlatih di kawasan luar bandar, kawasan kampung, boleh diberikan lesen dalam tempoh seminggu. Lesen memandu itu boleh diperoleh dengan kos lebih murah.

“Tetapi kita tidak berasakan perkara ini patut sebab tidak melalui satu proses pembelajar­an dan kursus lebih ketat serta ujian pun tidak

Tidak perlu pergi institut memandu, tidak perlu pergi kursus dan hanya berlatih di kawasan luar bandar, kawasan kampung, boleh diberikan lesen dalam tempoh seminggu. Lesen memandu itu boleh diperoleh dengan kos lebih murah. Anthony Loke Siew Fook Menteri Pengangkut­an

ketat. Ini hanya kelulusan di kampung atau luar bandar,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pasca Kabinet di sini semalam.

Beliau berkata program berkenaan yang dijalankan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menyasarka­n golongan masyarakat luar bandar berusia 45 tahun ke atas, belia 21 tahun ke atas, Orang Asli serta warga emas sejak 2009.

Katanya, sesiapa yang ingin mendapatka­n lesen P perlu menjalani proses sedia ada melalui institusi memandu, dan setakat ini lesen berkenaan sudah diterima 140,647 orang di seluruh negara.

Dalam perkembang­an lain, Loke memberi amaran terakhir kepada mana-mana institusi memandu atau pegawai JPJ agar tidak terlibat dalam perkara berunsurka­n rasuah dan penipuan dalam memberi lesen memandu (lesen kopi o) tanpa melalui proses sepatutnya.

“Ada pihak cuba menguji kesabaran kita dengan masih membuat iklan di Facebook menggunaka­n lambang JPJ dan mengatakan boleh mendapatka­n lesen JPJ tanpa ujian dalam masa dua jam. Satu laporan polis dibuat, dan Ketua Pengarah JPJ akan membuat laporan di Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok (hari ini).

“Kalau kita tahu ada pegawai JPJ terlibat dalam sindiket ini, mereka akan diberhenti­kan kerja serta-merta dan disiasat di bawah SPRM manakala institusi memandu akan ditarik lesen. Saya sangat serius dan memberi amaran terakhir kerana kerajaan ini mengamalka­n sifar rasuah,” katanya.

Loke memberitah­u setakat ini, dalang yang meletakkan iklan itu belum dikenal pasti dan menyerahka­n kepada pihak polis dan SPRM untuk melakukan siasatan terperinci berhubung kes tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEBAK: Farrah tidak dapat menahan kesedihan ketika memangku jenazah Adam di Institut Perubatan Forensik Negara semalam.
— Gambar Bernama SEBAK: Farrah tidak dapat menahan kesedihan ketika memangku jenazah Adam di Institut Perubatan Forensik Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia