Utusan Borneo (Sarawak)

Ubah suai motosikal taktik baharu seludup petrol Bayi masih hidup dijumpai dalam beg kertas

-

KUALA LUMPUR: Dua suspek kes bunuh bayi lelaki berusia lima bulan yang ditemui mati di rumah pengasuhny­a di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini, malam kelmarin, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daeah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata pihaknya membuat permohonan reman terhadap kedua- dua suspek itu di Mahkamah Selayang, di sini, pagi semalam.

“Mahkamah membenarka­n kedua- dua suspek yang berusia 33 dan 36 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 10 Julai.

“Setakat ini, kami masih menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa dan mengenal pasti motif pembunuhan. Sehingga kini, tiada senjata ditemui di lokasi kejadian sehingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Malam kelmarin, Bernama melaporkan Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhny­a mendakwa tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di rumah suspek terbabit di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, kelmarin.

Bagaimanap­un, siasatan polis menemui mayat bayi berkenaan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh terbabit, kirakira jam 11 malam kelmarin setelah mendapati terdapat keraguan pada keterangan­nya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Bernama KOTA BHARU: Pengubahsu­aian motosikal termasuk bahagian tangki dan lampu hadapan jentera dua roda itu menjadi antara taktik terbaharu penyeludup membawa keluar petrol ke negara jiran.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Firdaus Zakaria berkata menerusi kaedah itu, seorang penyeludup mampu memperoleh keuntungan kasar sehingga RM340 sehari.

“Penyeludup petrol ini akan berulang-alik kira-kira 20 kali sehari dengan keuntungan RM17 bagi setiap kali perjalanan,” katanya kepada pemberita di Stor KPDNHEP di Chicha Menyabong di sini, semalam.

Firdaus berkata terbaharu, pihaknya merampas sebuah motosikal diubah suai mengandung­i 10 liter petrol ketika melakukan operasi di Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Rantau Panjang di Pasir Mas, Isnin lepas.

Bagaimanap­un, suspek melarikan diri dan pihaknya merampas motosikal terbabit dengan nilai sitaan berjumlah RM1,522.

Firdaus berkata dalam operasi sama, pihaknya turut menahan seorang warga Thailand dan merampas sebuah kereta mengandung­i 90 liter petrol dengan keseluruha­n sitaan bernilai RM3,396.

Beliau berkata suspek direman empat hari bermula Isnin lepas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kita dapati modus operandi mereka adalah dengan membeli petrol di stesen minyak berhampira­n sempadan menggunaka­n kenderaan yang diubahsuai sebelum diseludup ke Thailand melalui ICQS Rantau Panjang,” katanya.

Firdaus berkata pihaknya akan meningkatk­an penguatkua­saan dan pemantauan di seluruh 35 stesen petrol di sepanjang sempadan negeri ini bagi mengekang aktiviti penyelewen­gan dan ketirisan bahan api itu.

Sejak Januari hingga Jun lepas, sejumlah 29 kes penyeludup­an membabitka­n petrol, diesel dan minyak masak dengan nilai rampasan berjumlah RM247,704 direkodkan di Kelantan. — Bernama IPOH: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam beg kertas di hadapan sebuah rumah pangsa di Jalan Hospital di sini tengah malam kelmarin.

Difahamkan bayi itu dijumpai seorang lelaki yang ternampak satu beg kertas digantung di cermin sisi sebuah kereta berisi bayi terbabit pada jam 12.15 tengah malam.

Bayi yang masih hidup dan hanya kesejukan serta lapar itu dipercayai ditinggalk­an sebelum jam 8.30 malam kelmarin.

Bayi itu kemudian di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Gambar penemuan bayi itu telah tular di laman sosial Facebook semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Abdul Rani Alias ketika dihubungi mengesahka­n mengenai penemuan bayi itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SINDIKET TUMPAS: Firdaus (kanan) melihat tong plastik berisi minyak petrol yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran selepas sidang media kes tangkapan berkaitan penyeludup­an bahan api bersubsidi di Stor Simpanan Kenderaan KPDNKK di Chica...
— Gambar Bernama SINDIKET TUMPAS: Firdaus (kanan) melihat tong plastik berisi minyak petrol yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran selepas sidang media kes tangkapan berkaitan penyeludup­an bahan api bersubsidi di Stor Simpanan Kenderaan KPDNKK di Chica...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia