Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Energy rai 1,000,000 jam tanpa kehilangan masa kecederaan

-

KUCHING: Sarawak Energy semalam meraikan 1,000,000 jam tanpa kehilangan masa kecederaan (LTI) untuk projek Loji Tenaga Gas Kitaran Gabungan Tanjung Kidurong 842MW di Bintulu.

Projek yang bermula pada 2016 itu, dijangka menjadi salah satu kilang kuasa kitaran gabungan yang paling cekap bagi kelasnya di dunia apabila pembinaan selesai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Sharbini Suhaili menyampaik­an sijil itu kepada GESinohydr­o Consortium pada majlis yang diadakan di tapak projek sebelum ini.

Konsortium itu, yang mempunyai seramai 600 orang pekerja di tempat kerja, secara rasmi mencapai prestasi tersebut pada 22 April tahun ini.

Turut hadir Konsul Besar Republik Rakyat China di Kuching Cheng Guangzhong, Ketua Pegawai Eksekutif GE Malaysia Datuk Mark Rozario, Pengarah Urusan Sinohydro Malaysia Ji Xiaoyong, Ketua Pegawai Eksekutif SEB Power James Ung serta wakil GE-Sinohydro Consortium dan Sarawak Energy.

“Keselamata­n adalah keutamaan utama Sarawak En- ergy dan hari ini menandakan pencapaian penting dalam kemajuan projek serta perjalanan kami ke arah kecederaan sifar sejajar dengan Bidang Keberhasil­an Utama Keselamata­n dan Alam Sekitar kami.

“Kami mahu mewujudkan fokus dalam organisasi dan memastikan semua orang berusaha ke arah objektif yang sama - termasuk semua 5,000 kakitangan kami di seluruh negeri, kontraktor, subkontrak­tor dan pekerja mereka.

“Keselamata­n kontraktor dan pekerja mereka sangat penting kepada kami. Kami sedang membina perkongsia­n dengan kontraktor kami untuk memastikan keselamata­n diberi keutamaan dalam semua peringkat,” kata Sharbini.

 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Thomas (kiri) melakukan simbolik penyerahan tugas kepada Yeo yang dipilih sebagai presiden baharu PVTMS.
SELAMAT MAJU JAYA: Thomas (kiri) melakukan simbolik penyerahan tugas kepada Yeo yang dipilih sebagai presiden baharu PVTMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia