Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga Ketun Empaga kebumikan semula rangka tulang mendiang Mujah dan cucunya

-

SIBU: Lebih 50 ahli keluarga terdekat serta sanak saudara Ketun Empaga berkumpul dan bergotong-royong untuk upacara pengebumia­n semula rangka tulang mendiang Mujah Ketun dan cucunya di Tanah Perkuburan Gat Pelugau, Ulu Balingian dekat sini, baru-baru ini.

Tanah perkuburan yang menempatka­n kedua- dua mendiang itu terletak di tebing Sungai Ulu Balingian telah ditemui diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab kirakira tiga bulan lepas dan upacara untuk menanam semula rangka tulang mendiang dilaksanak­an pada musim perayaan Gawai Dayak tahun ini.

Isteri mendiang Mujah iaitu Basi Agong berkata, penceroboh telah bertindak menebuk lubang yang dianggarka­n bersaiz 12 sentimeter persegi di kedudukan kepala mendiang suaminya (keranda).

“Penceroboh bertindak mengeluark­an semua rangka tulang termasuk tengkorak kepala mendiang dari lubang terbabit dan kami mendapati cincin emas dan wang tunai kertas yang diletakkan di jari mendiang sebelum dia dimasukkan ke dalam keranda pada 9 September 1996 dahulu telah pun hilang.

“Kami percayai a dilarikan oleh si penceroboh ,” katanya ketika ditemui pemberita pada upacara tersebut.

Menurut Basi lagi, pihak keluargany­a tidak membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kerana tidak mahu memanjangk­an perkara terbabit.

“Apa yang penting, kami perlu mengadakan upacara khas iaitu pengebumia­n semula rangka-rangka serta tulang- temulang mendiang bagi ketenangan rohnya,” jelasnya sambil memberitah­u bahawa kubur cucunya turut diperlakuk­an sama oleh kegiatan penceroboh terbabit.

Beliau memberitah­u upacara ini turut dijalankan serentak ke atas mendiang cucunya yang terjejas akibat kegiatan terbabit.

“Keluarga Ketun Empaga iaitu keluarga bapa mentua saya, anak-anak dan cucu saya serta ahli keluarga terdekat tu- rut terlibat dalam kerja bergotong-royong untuk bersembahy­ang dan menguburka­n semula rangka tulang kedua-dua mendiang.

“Kami memasukkan rangka tulang mendiang dan cucu saya yang dibungkus dengan kain putih dan memasukkan­nya ke dalam lubang yang telah dipecahkan semasa kegiatan terbabit sebelum lubang itu disimenkan semula untuk ditutup.

“Kami berdoa agar roh mendiang suami saya dan cucu saya itu sentiasa berada di tempat yang aman,” jelasnya lagi.

Basi turut mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada semua yang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung melalui kerja gotong-royong ini terutamany­a penduduk Rumah Dian Ramba di Pelugau, Ulu Balingian, Selangau.

 ??  ?? REHAT SEBENTAR: Ahli keluarga mendiang bersama penduduk rumah panjang berehat sebentar sebelum meneruskan upacara.
REHAT SEBENTAR: Ahli keluarga mendiang bersama penduduk rumah panjang berehat sebentar sebelum meneruskan upacara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia