Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan lepas peluang, sertai kursus intensif buat kek

-

KUCHING: PZhen Deelite Academy of Sugarcraft and Confection­ary Arts menawarkan kursus intensif membuat kek selama 300 jam, dekorasi kek, seni membuat coklat akan bermula Julai ini.

Kursus tiga bulan itu hanya terhad untuk 10 orang yang perlu mendaftar tidak lewat daripada penghujung tahun ini dengan yuran kursus sebanyak RM9,800 diiktiraf sijilnya dari Wilton USA, Swiss Chocolate Academy, Martellato Italy dan Edible Artist Global Academy Associatio­n (Eagaa).

Kursus tersebut sesuai untuk mereka yang berminat untuk membuat kek atau pencuci mulut.

Tiga tenaga pelatih akan mengajar iaitu Cef Antarabang­sa George W. Germann seorang cef pastri dari Switzerlan­d yang mempunyai kepakaran dalam membuat coklat dan membuat kek.

Beliau katanya, akan mengajar teknik-teknik membuat kek sepertiman­a di Eropah dengan pengalaman­nya selama 50 tahun menghidang­kan kepakaran beliau kepada pelanggan di sebuah hotel mewah terkemuka di Amerika Syarikat dan banyak lagi.

George merupakan pemenang anugerah yang banyak di dalam pencapaian kehidupann­ya dan sesiapa yang menjadi anak muridnya akan menjadi seorang yang berjaya seperti- mana beliau dengan cepat.

“Untuk menjadi seorang pembuat kek kelas pertama, anda perlu mempunyai kemahiran asas untuk memulakan kerana ia penting. Sepertiman­a sebuah bangunan tanpa kemahiran asas, tidak kira betapa cantiknya bangunan itu, ia pasti akan roboh suatu hari nanti. Inilah sebab mengapa pelajar perlu mempelajar­inya, untuk mendapat kemahiran asas yang kukuh,” katanya ketika di temui baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pemilihan PZhen Deelite Academy of Sugarcraft and Confection­ary Arts adalah tepat untuk beliau mewariskan kemahiran, pengetahua­n dan pengalaman itu kepada generasi muda bagi membawa legasi itu bagi pertumbuha­n sihat industri bakeri di Sarawak.

Seorang lagi tenaga pengajar, membuat dekorasi kek Cef Tan Hui Chin, akan mengajar cara-cara menghias kek dengan menggunaka­n gula di dalam icing, mereka bentuk dan membuat 3D bersama Asian Bakes, Cef Tay Kim Ling.

“Banyak orang mempelajar­i cara membuat kek hanya dengan menonton video di Internet seperti YouTube, banyak kemahiran dan teknik tidak dipelajari menerusi video tersebut dan kita memerlukan tenaga pengajar untuk memberi panduan tersebut bagi melakukan teknik yang betul.

Selepas menyertai kursus ini, pelajar bolehlah mengaplika­sikan apa yang telah dipelajari di dalam rekaan terbaharu mereka.

Tajuk topik kursus berkenaan adalah ‘The Art of Breads’ (100 jam), ‘The Art of Bakes and Pastries’ (90 jam), ‘The Art of Chocolate’ - Asas (30 jam) dan ‘The Art of Decorating Cakes’ (80 jam).

Pzhen Deelite terletak di Unit 76, Tabuan Tranquilit­y Commercial Centre, Jalan Canna (sama bangunan dengan perbankan Maybank) dan dibuka bermula 9 pagi hingga 3 petang (Isnin-Jumaat) atau boleh dihubungi di talian 082-366133, untuk WhatsApp ke 010-2999449 atau layari laman sosial Facebook PZhen Deelite atau www. pzdeelitea­cademy.com.

 ??  ?? PAKAR KEK: George (kiri) dan Tan (kanan) bergambar di akademi itu baru-baru ini.
PAKAR KEK: George (kiri) dan Tan (kanan) bergambar di akademi itu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia