Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar tender terbuka beri manfaat jangka panjang

-

KUALA LUMPUR: Sistem tender terbuka bagi projek pembinaan dalam sektor awam yang diperkenal­kan oleh kerajaan baharu akan memberi manfaat kepada industri pembinaan pada jangka panjang, menurut firma perkhidmat­an pembinaan, GDB Holdings Bhd.

Pengarah Urusan, Cheah Ham Cheia berkata langkah itu akan memupuk ketelusan dan kebertangg­ungjawaban yang besar dalam pemberian tender serta proses pemeroleha­n.

“Dasar itu juga akan membantu memastikan kertas cadangan terbaik yang sejajar dengan kepentinga­n awam terpilih, memandangk­an ia mengambil kira elemen penting seperti pengalaman kontraktor, kemampuan kewangan serta reka bentuk dan kos projek.

“Selain itu, menerusi penggalakk­an dan penguatkua­saan amalan terbaik, kami mahu menyaksika­n peningkata­n daya saing dalam kalangan peserta pembinaan domestik pada jangka panjang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, kelmarin.

Setakat 31 Mei, 2018, nilai tender GDB adalah sebanyak RM2.1 bilion, meningkat daripada RM1.4 bilion pada 23 April, 2018, dipacu oleh penyertaan syarikat itu dalam lebih banyak tender untuk projek bertingkat di Lembah Klang.

Jumlah tender semasa yang diperolehi GDB terdiri daripada enam projek, termasuk pembanguna­n bangunan komersial dan kediaman bertingkat.

Bagi masa depan, Cheah berkata pihaknya yakin dapat memperoleh­i beberapa tender, disokong oleh bukti kepakaran teknikal yang dimiliki syarikat, rekod prestasi dalam menyiapkan projek bertingkat terkemuka yang lebih awal berbanding dijadualka­n, serta pematuhan piawaian keselamata­n dan kualiti yang ketat.

“Kami berharap untuk projek ini yang akhirnya akan meningkatk­an nilai perolehan kontrak semasa kami sebanyak RM808.7 juta,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia