Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu Red Bull itu akan ‘menanduk’ orang yang bertanyaka­n mengenai kekerapan kemalangan di permulaan musim

-

MONTREAL: Max Verstappen memberitah­u pemberita kelmarin bahawa dia akan ‘menanduk’ orang seterusnya yang bertanya kepadanya tentang kekerapann­ya mengalami kemalangan pada permulaan musim Formula Satu (F1) 2018.

Pemuda berusia 20 tahun dari Belanda itu, yang mempamerka­n kegopohan di satu sidang akhbar rutin yang menggambar­kan kelakuanny­a di atas litar pada musim ini, melenting apabila diajukan siri pertanyaan tentang cara dia berlumba.

Ditanya kenapa dia mengalami begitu banyak kemalangan, dia jeda sebelum dia berkata: “Saya tidak tahu. Tetapi seperti apa yang katakan pada permulaan lagi, saya sudah bosan dengan soalan ini dan jika saya diajukan soalan ini lagi, saya akan menanduk seseorang.” Pemandu Red Bull itu terlibat dengan insiden di setiap daripada enam hujung minggu perlumbaan pada tahun ini, tetapi mendakwa ia “tidak dramatik seperti apa yang disebut oleh orang”.

Verstappen, yang tiba dalam F1 dengan sensasi ketika dia remaja dengan kemenangan dalam penampilan sulungnya bersama Red Bull di Grand Prix Sepanyol pada 2016, terbabas dalam latihan di Grand Prix Monaco dua minggu lalu dan terpaksa bermula dari belakang grid.

Itu merupakan satu daripada dua kemalangan pada tahun ini yang dia akui adalah kesalahann­ya, dan warga Belanda itu melenting apabila diajukan soalan lanjut mengenai rekodnya.

“Saya benar-benar jemu dengan semua komen mengenai saya – bahawa saya harus mengubah pendekatan saya,” katanya.

“Saya tidak akan berbuat demikian. Ia telah membawa saya ke kedudukan saya sekarang dan selepas perlumbaan bukanlah masa yang sesuai untuk berbincang.”

Dia menambah: “Lagipun saya tidak mendengarn­ya. Saya hanya membuat benda saya sendiri.

“Memanglah ia tidak berjalan dengan baik seperti apa yang saya inginkan. Beberapa kesilapan, terutamany­a Monaco dan China, tetapi ia tidak masuk akal untuk asyik bercakap mengenainy­a.”

Verstappen gagal me- namatkan perlumbaan dalam dua daripada enam perlumbaan pada musim ini dengan keputusan terbaik tempat ketiga di Sepanyol pada bulan lepas.

Dia menduduki tempat keenam dalam carta kedudukan kira- kira 75 mata di belakang pendahulu Lewis Hamilton dan dengan mata yang kurang setengah daripada jumlah bagi rakannya dalam pasukan Red Bull yang berasal dari Australia, Daniel Ricciardo.

“Saya yakin saya dapat mengubah keadaan,” katanya. “Saya sememangny­a pantas selama ini dan kelajuan itu ada setiap hujung minggu.” — AFP

Saya tidak tahu. Tetapi seperti apa yang katakan pada permulaan lagi, saya sudah bosan dengan soalan ini dan jika saya diajukan soalan ini lagi, saya akan menanduk seseorang. Max Verstappen Pemandu pasukan Red Bull

 ??  ?? VERSTAPPEN
VERSTAPPEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia